|
Thursday, November 23, 2006
jenjalan @ langkawi * masuk kali ni dah 4 kali aku jejak langkawi. again thanks to julie daniel jacob sebab sudi bagi hadiah cabutan bertuah dia tu kat aku. kami bertolak pada hari khamis lepas, memula tu mmg aku ngan hubby pikir 2-3 kali la jugak nak gi ke tak sbb anak teruna aku tu demam panas. nak dekat 4 hari jugak la dia dok merengek2. tapi Alhamdulilah tiba jer hari khamis tu, matpan sihat walafiat. lega. * sebenarnya sejak bulan lepas lagi aku dah plan cantek2 utk langkawi. menginap satu mlm kat grand continental selebihnya kat motel murah C. sblm ni aku stayed kat sana ngan family aku. condition pun not bad la. tak kisahlah janji murah. cuma rm80 jer satu malam. aku diminta konpem lagi sekali hari khamis tu utk dok kat motel C tu. jadik bila aku dah check in jer kat GC, aku pun kol la motel C. aku tergezut gila baban bila staff kat motel tu ckp, bilik aku dah diberi kat org lain. iskkk mana la aku nak dok lepas nih. dah la skang nak masuk cuti sekolah, ada ka bilik lagi? mama lak nak dtg sabtu ni, mana diaorg nak duduk? soklan2 ni bermain dlm kepala aku. sempat gak la aku mempersoalkan tindakan motel tu * aku : cemana boleh bagi bilik akak kat org lain? akak kan dah booking awal2 lagi staf : saya dah telepon akak beratus2 kali sejak semalam sampai pagi ni tapi akak tak angkat (iyolah tu beratus kali. nipu!) aku : mana ada pun. lagipun ari ni akak dah bertolak dtg sini. mana nak dgr bunyi telefon dgn feri lagi, mangku anak lagi. sepatutnya kata kena confirm hari ni kan? hari ni akak kol ni nak confirm la. staf : mcm ni kak, semalam kami terima booking utk 80 org. depa nak check in esok. jadi kami pun dok tepon la akak. tp tak berjawab. pastu boss ckp bagi ja bilik akak tu kat depa. akak satu family ja. yg depa ni sampai 80 org. baik bagi kat depa. aku : (masa ni aku dah menyirap darah). mana boleh mcm tu? ni esok mak mertua akak dtg nih diaorg nak dok kat mana? staf : ala kak.. hotel kat langkawi ni banyak. aku : iyerlah mmg la banyak. tapi tak pasal2 dah jadi satu kerja la plak akak nak cari hotel. staf : (sengap) aku terus letak tepon. geram!!!! * hubby terus kol kawan dia kat langkawi. minta tolong cari hotel yg murah. lucky for us coz kawan hubby byk menolong. kami pun stayed kat langkawi baron hotel. dekat sgt dgn pekan kuah. bilik pun jauh beza dengan motel C tu. harga lak, dpt special discount. Alhamdulilah. kawan hubby tu walaupun first time jumpa tp byk tolong kami. dah la dpt sewa unser dgn harga murah, hotel pun dpt discount lagi. tima kassey byk2! pada motel C, tak hingin dah aku dok kat sana. * sementara nak tunggu MIL n family sampai hari sabtu, kami byk melepakkan diri di bilik hotel. tak berani nak keluar sgt sbb matpan pun baru lepas demam. lagipun kami dah gi semua tempat menarik kat langkawi. jadi tak la kisah sgt. * plg syiok bila MIL dah dtg. masing2 mau jaga matpan. hehehehe.. masa ni la kami start shopping sakan. macam tak caya ja aku beli periuk vision tu. aku mmg tingin lama dah tapi tu lah hubby siap bleh kata dia jamin vision tu tak terusik selama 3 thn. heheheheh.. tak pa la dear, beli dulu bila masa dah sampai time kita masak betui2 kita tak yah beli dah. tapi kan, dlm byk2 barang aku beli, aku paling kenan dengan tempat letak camca. kalo kat supermarket biasa even catalogue mmg tak dak style nih. lawa sangat. mak tgk pun, mak kenan. rasa bersalah la plak tak beli kat mak. mana nak tau mak pun suka. tak pa la next time, annie beli ye mak! * ahad soppin sikit lagi dan gi underwater world. matpan suka sgt tengok ikan ngan penguin. nasib baik la dia tak buat hal bila masuk 3d theater tu. everything mmg ok sangat. cuma masa naik ferry jer dia rimas. nasib baik aku naik yg kat kuala perlis. tak la lama sgt dlm ferry tu. * akhirnya kami sampai rumah hari ahad. lenguh badan2 tapi we had so much fun kat sana. cuaca tak melampau panas, bilik dan unser selesa (amat menjimatkan minyak). boleh la jalan sana lagi n next month lak, kami ke KL lg sekali... jenjalan sakan!
ena @ 7:52 PM |comment
|
Tuesday, November 07, 2006
what a year!
* this year is one of the most 'kacau-bilau' year in my entire life. i was so busy with matpan, office, hubby. last sunday, my boss called me and guess what? i had to work from 2:30 pm to 11:30 pm. during weekend. i know, compared to my colleague i was the one yg paling liat nak ke opis. sometimes i just dont get it coz my colleague loyal sangat sampaikan at 10 pm pun they can drive themselves to the office. kalo aku, sorry la. walaupun i'm not yet married at that time. going home lak, supposed at 5 pm but diaorg stay sampai 5:30 or 6. i believe may be this is one of the reasons why my bb thinks i'm not good enough. hey! come on la.. i have my life, i have my own family. u cannot expect your staff to leave their hubby/wife/child just to finished your last minute work. what i want in my life is to have a wonderful family. i want to spend my time with my baby. i want to teach him, i want to be there for him. i love him so much. oh ya... sama gak la kat hubby aku tuh. (kang merajuk dear..) next year around may or june, aku rasa aku akan gila that time. 2 org colleague aku nak bersalin. at the same time. tempoh pantang yg sama. i dont know how am i going to survive? dah ler dua-dua org tu jaga rekod. huhuhu semoga Allah memberi kekuatan dan ketenangan pada aku. * minggu ni, pertama kali dlm idup aku sejak 10 tahun yg lalu. aku main netball. aku bukannya reti main. lari sikit pun dah semput. memula diaorg bagi aku GD. tak larat aku! bila diaorg tgk aku cepat pancit, aku kena jadi GK. senang sket dok jer kat tiang tuh. ahaks! jgn tergezut dlm dok tak tau main tu, aku bleh gak la selamatkan bola beberapa kali. and the rest, biar bebudak terer main jer yg handle. setakat ni kami main 2 games and Alhamdulilah we won both games. after one busy sunday, match on monday and tuesday, tomorrow lak ada dinner Kelab, thursday aku amik one-day leave coz nanny ada hal n at the same time i take this opportunity to jamu2 my friends, friday lak dinner at Equatorial, saturday boss punyer open house, sunday nothing (harap2 dpt relax) monday to wednesday lak ada conference, thursday to friday oh yeah one big shout to my dear Juliana bt. Danil THANK YOU!!!! sbb menaja penginapan aku 2 hari 1 malam @ Hotel Grand Continental, Langkawi. Voucher pemberianmu itu akan ku fotostat buat kenangan. InsyaAllah aku beli souvenir kat hang nanti. to all my friends, i'll be back on sunday and start kerja hari senin tuh. * oklah my matpan dah jaga. chow.
ena @ 10:50 PM |comment
|
Wednesday, November 01, 2006
raya-raya-raya
* masuk kali ni entah kali ke berapa ntah aku cuba update blog nih. kesibukan sbg mak muda, mmg x leh dipertikaikan lg. masa aku taip nih pun, aku tgh pegang matpan. matpan skg dh makin lasak. pantang tinggal dia kejap, sdr2 dh bangun berdiri. dia x leh jln lg, tgh belajar. kalo nk jln, dia meniti kat sofa, dinding. aku takut satu ja. kalo kt katil dia suka jatuhkan diri dia. tak perlah pakai tilam spring, kang dia buat cenggitu kat hall rumah, huhuhuhu... ngeri. minta dijauhkan. * raya pertama, sebagiamana aku dan hubby bersetuju tempoh hari. kami kena bahagi masa raya pertama tu kepada dua. siap buat jadual lagi. nak bagi fair. waktu pagi kami akan beraya kejap di rmh MIL, kendian terus gi rmh mak. ptg lak, bertolak ke rumah sedare hubby di kuala kangsar. mencabar sungguh perjalanan ke sana. masa di taiping, ujan teramatlah lebatnya. x pernah lg la aku menghadapi keadaan mcm tu. mmg x nampak langsung kereta lain. ujan tu rasa mencurah2 betul2 dpn cermin. di kiri bahu jalan, berderet kereta berhenti sbb cuaca yg buruk sgt. hubby teruskan juga perjalanan, walaupun aku masa tu dh kecut perut. nasib baik tak jauh dari situ, ada hentian rehat. tu pun kami tak tunggu lama sbb hubby rasa mcm nak banjir ja tempat tu. alhamdulilah tak lama kami keluar dari hentian rehat, hujan dah tak lebat sangat. jam baru pukul 6 ptg tp keadaan dah gelap sgt. hujan tak henti2 sampai ke kuale. tak sangka, bila masuk jer town keta abah terlibat dengan kemalangan kecil. keta wira remuk teruk di bahagian depan dgn blkg. keta depan spectra cuma pecah sikit no. plate keta, keta waja plak cuma remuk sikit. alahai.. wira jugak yg teruk. kesian abah. nasib baik la semua selamat. * raya kedua, aku ngan hubby buat open house. again, kami buat laksa. mcm biasa la, heheheheh angkut dari rumah mak mertua. hajat nak gi buat sama2 tapi hubby la, balik rumah jer dia dah ckp MIL dah siap buat kuah. hehehehe.. laksa MIL mmg sedap pun! walaupun tak ramai yg dtg macam thn lepas, abih jugak la 1 1/2 bungkus laksa tu. thanks pada semua yg hadir! raya ke-3, lak kami gi perlis. ikut plan mmg aku nak gi alor setar sekali ngan mak. tapi kampung aku tuh dah ditenggelami banjir. terpaksa la postponed. aku cuma sempat singgah rumah mak lang aku jer. tu pun sebab rumah dia betul2 on the way nak ke perlis. beraya di perlis, pun biasa ajerlah sbb hujan. tak byk rumah yg sempat kami singgah. hubby pun dah mula selesema. nak demam. tak per kalo dia demam, dah besar. aku risau kalau matpan jer yg demam. tak senang duduk wo... alhamdulilah, walaupun aku bawak matpan ke hulu, ke hilir dia ceria dan tak letih. agaknya dia pun style mama ngan abah, suka berjalan. * raya ke-4, satu hari duduk kat rumah sebab hubby demam. kesian. siap muntah2 lagi. cian hubby aku tuh. lepas muntah2 baru la dia lega sket. boleh lagi la pekena tomyam malam tu. sedap! ikut hati mau jer aku tambah 3 pinggan nasi, cuma lauk abih dah jer. kalo dak, mmg aku laju jer tambah. confirm punya la. hari sabtu, buat nasi beriyani. memula hubby la suruh aku buat, belajar masak. aku pun beli la peket hari-hari maggi. tapi seperti yg telah aku duga, bila time aku nak buat ja. dia mai dekat aku, suruh jaga matpan. dia sendiri nak masak. ikut hati dear la! mmg menjadik nasi beriyani merah77. sedap sangat. banyak kali gak la aku tambah. entah kenapa aku rasa skang nafsu makan dtg balik. sbb letih jaga matpan la kot. tu sebab aku perlu tenaga yg banyak tuh. start keja esok nih, nak kena control balik la.. doakan aku berjaya!
ena @ 10:17 PM |comment
|
|
~IntrO~

cik kelly
a loyal wife to merah77
a caring mother to matpan
an obedient child to paksu and che kiah
a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr.
pembaris
~Contact mE~
kasturi2121@yahoo.com
~ArchiveS~
February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007
~ReadS~
my hubby
our family
archives
my batch!
my radio
my
car
my bike
~TagboarD~
~LinkS~
kak wynn
*
tipahvogue *
kak lynn
*
cik miera *
rudy
net
*
analog *
fara *
yui *
azura *
antukarma *
batpupu
zaim5
*
alqas *
syiekatsuya *
zam *
kak jolie (dona) *
ieza *
walkthrulife*
zie *
firul *
tiara
mamadib*
hhas
* kak jue
*
kak sri diah *
mama danish *
op *
mommy hazel
*
tyra*
nad
junaidi
* vespaburuk*
eim* *eyzzah
* julie's fotopages*
warung*
~CreditS~
Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai
blogskins
blogger.com
haloscan
w.bloggar
photobucket.com
Flavor WaveFlavor Wave
|