jenjalan @ langkawi
*
masuk kali ni dah 4 kali aku jejak langkawi. again thanks to julie daniel jacob sebab sudi bagi hadiah cabutan bertuah dia tu kat aku. kami bertolak pada hari khamis lepas, memula tu mmg aku ngan hubby pikir 2-3 kali la jugak nak gi ke tak sbb anak teruna aku tu demam panas. nak dekat 4 hari jugak la dia dok merengek2. tapi Alhamdulilah tiba jer hari khamis tu, matpan sihat walafiat. lega.
*
sebenarnya sejak bulan lepas lagi aku dah plan cantek2 utk langkawi. menginap satu mlm kat grand continental selebihnya kat motel murah C. sblm ni aku stayed kat sana ngan family aku. condition pun not bad la. tak kisahlah janji murah. cuma rm80 jer satu malam. aku diminta konpem lagi sekali hari khamis tu utk dok kat motel C tu. jadik bila aku dah check in jer kat GC, aku pun kol la motel C. aku tergezut gila baban bila staff kat motel tu ckp, bilik aku dah diberi kat org lain. iskkk mana la aku nak dok lepas nih. dah la skang nak masuk cuti sekolah, ada ka bilik lagi? mama lak nak dtg sabtu ni, mana diaorg nak duduk? soklan2 ni bermain dlm kepala aku. sempat gak la aku mempersoalkan tindakan motel tu
*
aku : cemana boleh bagi bilik akak kat org lain? akak kan dah booking awal2 lagi
staf : saya dah telepon akak beratus2 kali sejak semalam sampai pagi ni tapi akak tak angkat (iyolah tu beratus kali. nipu!)
aku : mana ada pun. lagipun ari ni akak dah bertolak dtg sini. mana nak dgr bunyi telefon dgn feri lagi, mangku anak lagi. sepatutnya kata kena confirm hari ni kan? hari ni akak kol ni nak confirm la.
staf : mcm ni kak, semalam kami terima booking utk 80 org. depa nak check in esok. jadi kami pun dok tepon la akak. tp tak berjawab. pastu boss ckp bagi ja bilik akak tu kat depa. akak satu family ja. yg depa ni sampai 80 org. baik bagi kat depa.
aku : (masa ni aku dah menyirap darah). mana boleh mcm tu? ni esok mak mertua akak dtg nih diaorg nak dok kat mana?
staf : ala kak.. hotel kat langkawi ni banyak.
aku : iyerlah mmg la banyak. tapi tak pasal2 dah jadi satu kerja la plak akak nak cari hotel.
staf : (sengap)
aku terus letak tepon. geram!!!!
*
hubby terus kol kawan dia kat langkawi. minta tolong cari hotel yg murah. lucky for us coz kawan hubby byk menolong. kami pun stayed kat langkawi baron hotel. dekat sgt dgn pekan kuah. bilik pun jauh beza dengan motel C tu. harga lak, dpt special discount. Alhamdulilah. kawan hubby tu walaupun first time jumpa tp byk tolong kami. dah la dpt sewa unser dgn harga murah, hotel pun dpt discount lagi. tima kassey byk2! pada motel C, tak hingin dah aku dok kat sana.
*
sementara nak tunggu MIL n family sampai hari sabtu, kami byk melepakkan diri di bilik hotel. tak berani nak keluar sgt sbb matpan pun baru lepas demam. lagipun kami dah gi semua tempat menarik kat langkawi. jadi tak la kisah sgt.
*
plg syiok bila MIL dah dtg. masing2 mau jaga matpan. hehehehe.. masa ni la kami start shopping sakan. macam tak caya ja aku beli periuk vision tu. aku mmg tingin lama dah tapi tu lah hubby siap bleh kata dia jamin vision tu tak terusik selama 3 thn. heheheheh.. tak pa la dear, beli dulu bila masa dah sampai time kita masak betui2 kita tak yah beli dah. tapi kan, dlm byk2 barang aku beli, aku paling kenan dengan tempat letak camca. kalo kat supermarket biasa even catalogue mmg tak dak style nih. lawa sangat. mak tgk pun, mak kenan. rasa bersalah la plak tak beli kat mak. mana nak tau mak pun suka. tak pa la next time, annie beli ye mak!
*
ahad soppin sikit lagi dan gi underwater world. matpan suka sgt tengok ikan ngan penguin. nasib baik la dia tak buat hal bila masuk 3d theater tu. everything mmg ok sangat. cuma masa naik ferry jer dia rimas. nasib baik aku naik yg kat kuala perlis. tak la lama sgt dlm ferry tu.
*
akhirnya kami sampai rumah hari ahad. lenguh badan2 tapi we had so much fun kat sana. cuaca tak melampau panas, bilik dan unser selesa (amat menjimatkan minyak). boleh la jalan sana lagi n next month lak, kami ke KL lg sekali... jenjalan sakan!