|
Tuesday, September 05, 2006
saman turun setengah harga?
* terus-terang aku kata aku tak setuju PDRM turunkan harga saman. sampai 50% lak tuh. aku tau mesti ada yg tak puaih ati dengan statement aku nih. tapi aku rasa mmg tak logik betul diaorg turunkan harga semata-mata nak senangkan rakyat. alasan tak munasabah. bagi aku, harga saman tu pun dah cukup rendah dah tu. lagipun a good citizen mestilah patuh pada arahan, yer tak? yg tak patuh tu buat per nak jaga diaorg. bunyik mmg mcm keras tapi tu la yang aku rasa. * peraturan yg dibuat bukannya utk suka2. untuk kehidupan yg lebih selamat. kenapa kena saman bila tak pasang lampu motor? bukannya polis/jpj saja nak kutip duit saman tapi utk keselamatan penunggang motor tu jugak supaya pemandu lain nampak motor tuh. kendian, ngaper kalo pakai enpon semasa drive kena saman? katerlah kita tgh bawak keta sambil dok bersembang syiok giler ni, gelak2 cerita gossip2 sensasi, boleh ker kita nak give full attention masa drive? dibuatnya ada budak tgh melintas atau ada motor kat tepi jln. sempat ke kita nak elakkan? semua peraturan yg dibuat ada sebabnya, ada kebaikannya. bila turun harga, diaorg expect semua pemandu akan jelaskan utang saman. come on la.. yg salah tetap salah apsal kita nak bagi muka plak? nak turunkan harga semata2, seolah2 nak pujuk pesalah2 jalan raya ni mai balai polis buat bayaran. tak faham aku. * kalo tak silap aku, thn lepas kot. jumlah saman diturunkan dan sapa yg tetap tak bayar, akan dipenjarakan. bukan tempoh kejap yg diberi tapi lama. dah tu dilanjutkan lagi. bila dah lanjut tu pun, esoknya tarikh akhir baru la berduyun2 org nak mai bayar. pendapat aku la, tak kira la saman tu mahal ke murah ke kalo org tu tak nak bayar, tak nak bayar jugak la. aku ada kawan yg saman trafik dia punyalah banyak. dia rilex ja. bukannya nak cepat2 bayar, tapi dikumpulnya lagi ada la. dari RM30 lebih campur itu ini, mau dak nak dekat RM500 tapi still dia buat rilex. sehinggalah dapat surat mahkamah, baru dia kalut nak bayar. my point is, bayaran saman tu bukan the main issue. the important thing is how to educate our people utk belajar dari kesilapan, cepat2 bayar saman dan kesalahan tu jangan diulangi lagi. tu yang penting! * aku cuba imagine kalo aku ni jenis pesalah yg liat nak bayar saman. reason aku tentulah 'renyah' nak keluar opis pi bayar saman kat balai polis. nak gi dah la jalan sesak, dah tu nak nunggu abang polis punyalah lama. senang2 nanti dulu la... entahler apa2 pun kita tunggu dah lihat apa jadik selepas ni. makin berkurangankah saman yg dikeluarkan? makin ramaikah yg bayar saman? tengok jer le nanti..
ena @ 9:41 PM |comment
|
|
~IntrO~

cik kelly
a loyal wife to merah77
a caring mother to matpan
an obedient child to paksu and che kiah
a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr.
pembaris
~Contact mE~
kasturi2121@yahoo.com
~ArchiveS~
February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007
~ReadS~
my hubby
our family
archives
my batch!
my radio
my
car
my bike
~TagboarD~
~LinkS~
kak wynn
*
tipahvogue *
kak lynn
*
cik miera *
rudy
net
*
analog *
fara *
yui *
azura *
antukarma *
batpupu
zaim5
*
alqas *
syiekatsuya *
zam *
kak jolie (dona) *
ieza *
walkthrulife*
zie *
firul *
tiara
mamadib*
hhas
* kak jue
*
kak sri diah *
mama danish *
op *
mommy hazel
*
tyra*
nad
junaidi
* vespaburuk*
eim* *eyzzah
* julie's fotopages*
warung*
~CreditS~
Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai
blogskins
blogger.com
haloscan
w.bloggar
photobucket.com
Flavor WaveFlavor Wave
|