<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/22928938?origin\x3dhttp://matpan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Image hosting by Photobucket

Sunday, August 13, 2006

anakku sayang
*
apa yang aku risaukan selama ni menjadi kenyataan. sebelum ni mmg aku citer kat kawan-kawan, family pasal matpan yg suka bangun tengah-tengah malam. dia tak kaco orang cuma bila dia bangun tengah malam, sengap2 dia melunjur ke sana ke mari. dah berapa kali aku ngan merah77 selamatkan dia dari terjatuh. kekadang tu, aku terbangun sedar2 sikit lagi nak jatuh. begitu jugak ngan merah77. mmg byk kali jugaklah kami tersedar. mcm miracle gak la bila aku terbangun kul 4:30 am ke 3 am ker bila tersedar dia dah ke hujung katil.
*
sebelum ni byk kali jugak aku bagi cadangan kat hubby supaya sekat matpan. aku ckp aku takut kalo aku tak tersedar dia kat ujung katil. sbb dia bukan merengek ke apa ker. tak buat bunyik langsung. merah77 cuba tidor sekatil dengan kami. aku tak kisah walaupun berhimpit sbb aku takut sangat kalo matpan jatuh. tapi cuma sekali jer sbb merah77 rasa tak selesa. dia tak boleh tidor. dia takut kalo dia tidor lasak terkena matpan. aku ada gak bagi cadangan biar aku ngan matpan jer tidor bawah, dia tidor atas katil, tapi katanya simen tu sejuk. kendian cadangan terakhir aku, beli lagi satu katil single. tapi merah77 sengap jer. lagipun bila aku fikirkan, sampai bila merah77 nak tidor bawah?
*
pagi jumaat tu apa yg aku risaukan jadi kenyataan bila matpan jatuh dari katil. gedebub! bunyik dia jatuh dan diikuti tangisan yg kuat. merah77 tergamam. merah77 nangis bila dia tgk matpan tak habis2 meraung. aku lak remain calm. mungkin gak pengalaman ada budak kecik kat rumah aku, jadi aku tau apa yg perlu aku buat. malah aku pernah tgk sendiri si mr. pembaris tu jatuh masa dia kecik. banyak kali lak tuh. kendian anak eiry lak sampai luka mulut, tangan kena gam sbb terlebih lasak. jadi, apa aku buat aku angkat matpan, suruh merah77 demah dia. kemudian, amik minyak utk sapu. merah77 dah jadi macam bengong. dia tak tau nak buat apa. ada ka dia nak buh minyak panas. aku pun cakap, amik minyak dlm plastik tuh. kendian dia pun sapu, kemudian aku suruh merah77 terus demah matpan. tak lama lepas tu matpan pun sengap. matpan mungkin dlm keadaan tergezut. aku pun terus dakap matpan. aku dakap erat. aku tau kalo aku dlm keadaan tergezut, pelukan mak la ubat yg terbaik buat aku.
*
lama2 matpan terlelap. aku tidor sebelah dia dengan tangan aku letakkan di dada matpan. aku nak dia rasa dan tahu yg mama ada sebelah dia. merah77 lak terus ungkaikan katil. letak tilam kat bawah. dia bagitau aku, sebenarnya mmg niat dia nak letak katil tu di bilik lain hari sabtu ni. time cuti. tapi tu la.. benda dah nak jadi. tak sempat nak tunggu sabtu, matpan jatuh.
*
Alhamdulilah, bila matpan terjaga dari tidor dia dah agak ceria. pipi dia cuma sedikit lebam kesan dari jatuh. kepala tak berbenjol sbb dia jatuh kena pipi dulu kot. kami gi kat klinik dan doktor cakap dari pemeriksaan, matpan nampak mmg ok. cuma utk tempoh 12 jam, kalo dia muntah cepat2 dptkan rawatan. aku lega sebab matpan tak muntah. cuma sekarang ni dia jadi manja sangat dan agak lasak le jugak berbanding sblm jatuh. aku rasa mungkin matpan dah tahu yg dia akan jatuh katil sbb sejak awal minggu hari tu, dia dah pandai peluk aku kuat2. dekat nanny pun dia tak nak.
*
aku tak nak la matpan jatuh lagi. takut sangat. senak perut ni bila ingat balik. tapi aku dpt rasakan this is only the beginning. matpan akan jadi bertambak lasak lagi. normallah anak lelaki mcm tu. cuma aku berdoa agar Allah akan sentiasa melindungi dia.

ena @ 10:40 AM |comment
|

~IntrO~

Photobucket - Video and Image Hosting

cik kelly

a loyal wife to merah77

a caring mother to matpan

an obedient child to paksu and che kiah

a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr. pembaris

 

~Contact mE~

kasturi2121@yahoo.com

~ArchiveS~

February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007

~ReadS~

my hubby

our family archives

my batch!

my radio 

my car

my bike

~TagboarD~

~LinkS~

kak wynn * tipahvogue * kak lynn * cik miera * rudy  net * analog * fara * yui * azura * antukarma * batpupu  zaim5 * alqas * syiekatsuya * zam * kak jolie (dona) * ieza * walkthrulife* zie * firul * tiara mamadib* hhas * kak jue * kak sri diah * mama danish * op * mommy hazel * tyra* nad junaidi * vespaburuk* eim* *eyzzah * julie's fotopages* warung*

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

blogskins  

blogger.com

haloscan

w.bloggar

photobucket.com

 

 Counters
Flavor WaveFlavor Wave