<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/22928938?origin\x3dhttp://matpan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Image hosting by Photobucket

Wednesday, August 23, 2006

aku yang maintain
*
"skang ni akak tgk azni makin kurus la.." ujar akak d. aku sengih. "mmg azni nampak lain. muka pun dah tak naik" kak y lak menyampuk. aku sengih. tak sia-sia la usaha aku tuh. lega. sebenarnya sejak sebulan lepas, mmg aku rasa badan aku naik sangat. masa dlm pantang mmg la slim giler, sebab itu ini tak leh makan. dah abih pantang, nak kata aku makan banyak tak jugak tapi badan aku naik. org cakap kalo tak cukup tidor, badan jadik berisi. mungkin la kot. coz tak pasal2 badan aku macam dipam-pam.
*
memandangkan aku 'perampok' yg telah mengebas baju aku, baju aku pun makin sikit. bila aku try kebaya.. huhuhuhu terbonjol perut aku tuh. silap haribulan depa kata aku peknen lagi. oh tidak!!! satu per satu aku try pakai kebaya aku tuh tapi sama gak. terbonjol kat dpn, tak leh nak sembunyik. aku pun dok kejap menenangkan ati. iskk... takkan la teruk sangat kot badan aku nih? last2 aku terpaksa akur jua. badan aku dah tak macam dulu. sob! sob! cemana nak buat nih? nak exercise, mana la aku ada masa utk lompat2, lari2, tonggek2.. mana la ada masa. kalo nak lari pun, time matpan naik walker. matpan bukannya nak jalan slow2, laju ja dia langgar semua benda. jenuh meligan aku tapi kalo sat2 mana nak kuar peluh.
*
aku 'termakan' iklan osim uzap. aku pun mengendeng2 kat merah77. dgn suara romantis lagi menggoda, "dia.. kita nak la beli uzap tuh. perut kita dah naik nih" "baru nak sedar?" jawapan selamba merah77. tapi sebab dia pun masih dlm proses kuruskan badan, dia pun setuju nak beli. bila kami survey harga uzap tu, aiyooo... nak dekat rm700. mahei gilos! lagipun tgk review org lain, macam tak besh ja. kendian merah77 tanya kengkawan dia. rupanya cosway ada jual gak slimming belt. harga pun not bad. lagipun kawan merah77 pernah try both. dia kata uzap ngan product cosway tu sama ja rasanya. em.. tgk model pun marion. mmg saiz ss, cuba depa bagi syanieza jadik model. kalo kurus camtu aku rasa aku pejam gak mata pi beli uzap. last2 pikir punya pikir, kami beli yg cosway jer. sejak beli sampai skang aku mmg selalu guna. x pernah missed lagi la..
*
kendian tak cukup ngan tu, aku minum phyto fiber utk buang lemak dan toksin. memula tu, rasa macam dlm fear factor. sebab bau dia kuat dan rasa mcm masam sket. tapi bila dah lama, ok ler jugak. bukan masam pun, rasa mcm asam ko ja. memula minum, orait tak la membuang sgt tapi mai kali ketiga. berlari-larian gak la aku ke toilet. mungkin sbb aku mkn macam2 kot. tu yg nak cuci balik perut aku tuh.
*
lastly, aku pakai gel utk kurus. murah ja tak sampai rm20.00. merah77 memula pakai, terjerit2 gak la. dia pi tonyoh banyak mana, wallahualam. menggelepar kejap kepanasan. aku sengih ja la. aku mmg tau benda tu panaih gilos. tapi bukan lama mana, kejap ja. tangan pun tak berpijar. lepas pakai tu, cepat2 la cuci. gel cap apa? tak glemer pun. cap 1001 mujarab. mmg mujarab pun sebab lepas pakai tu, perut pun rasa mcm sedap jer. ringan badan.
*
minggu lepas tak tau nak pakai baju apa utk kenduri, aku pun saja2 cuba kebaya pendek aku tuh. baju lama. ada la dlm 6-7 thn sudah kot. zmn blom kawen lagi tuh. badan tgh kecik tapi.. ciewah tanpa disangka. muat! wa... besh besh besh.. aku pun apa lagi, pakai balik la baju tuh. eiii harap2 maintain la body aku kali nih. akanku teruskan usaha ini.

ena @ 10:34 PM |comment
|

Sunday, August 13, 2006

anakku sayang
*
apa yang aku risaukan selama ni menjadi kenyataan. sebelum ni mmg aku citer kat kawan-kawan, family pasal matpan yg suka bangun tengah-tengah malam. dia tak kaco orang cuma bila dia bangun tengah malam, sengap2 dia melunjur ke sana ke mari. dah berapa kali aku ngan merah77 selamatkan dia dari terjatuh. kekadang tu, aku terbangun sedar2 sikit lagi nak jatuh. begitu jugak ngan merah77. mmg byk kali jugaklah kami tersedar. mcm miracle gak la bila aku terbangun kul 4:30 am ke 3 am ker bila tersedar dia dah ke hujung katil.
*
sebelum ni byk kali jugak aku bagi cadangan kat hubby supaya sekat matpan. aku ckp aku takut kalo aku tak tersedar dia kat ujung katil. sbb dia bukan merengek ke apa ker. tak buat bunyik langsung. merah77 cuba tidor sekatil dengan kami. aku tak kisah walaupun berhimpit sbb aku takut sangat kalo matpan jatuh. tapi cuma sekali jer sbb merah77 rasa tak selesa. dia tak boleh tidor. dia takut kalo dia tidor lasak terkena matpan. aku ada gak bagi cadangan biar aku ngan matpan jer tidor bawah, dia tidor atas katil, tapi katanya simen tu sejuk. kendian cadangan terakhir aku, beli lagi satu katil single. tapi merah77 sengap jer. lagipun bila aku fikirkan, sampai bila merah77 nak tidor bawah?
*
pagi jumaat tu apa yg aku risaukan jadi kenyataan bila matpan jatuh dari katil. gedebub! bunyik dia jatuh dan diikuti tangisan yg kuat. merah77 tergamam. merah77 nangis bila dia tgk matpan tak habis2 meraung. aku lak remain calm. mungkin gak pengalaman ada budak kecik kat rumah aku, jadi aku tau apa yg perlu aku buat. malah aku pernah tgk sendiri si mr. pembaris tu jatuh masa dia kecik. banyak kali lak tuh. kendian anak eiry lak sampai luka mulut, tangan kena gam sbb terlebih lasak. jadi, apa aku buat aku angkat matpan, suruh merah77 demah dia. kemudian, amik minyak utk sapu. merah77 dah jadi macam bengong. dia tak tau nak buat apa. ada ka dia nak buh minyak panas. aku pun cakap, amik minyak dlm plastik tuh. kendian dia pun sapu, kemudian aku suruh merah77 terus demah matpan. tak lama lepas tu matpan pun sengap. matpan mungkin dlm keadaan tergezut. aku pun terus dakap matpan. aku dakap erat. aku tau kalo aku dlm keadaan tergezut, pelukan mak la ubat yg terbaik buat aku.
*
lama2 matpan terlelap. aku tidor sebelah dia dengan tangan aku letakkan di dada matpan. aku nak dia rasa dan tahu yg mama ada sebelah dia. merah77 lak terus ungkaikan katil. letak tilam kat bawah. dia bagitau aku, sebenarnya mmg niat dia nak letak katil tu di bilik lain hari sabtu ni. time cuti. tapi tu la.. benda dah nak jadi. tak sempat nak tunggu sabtu, matpan jatuh.
*
Alhamdulilah, bila matpan terjaga dari tidor dia dah agak ceria. pipi dia cuma sedikit lebam kesan dari jatuh. kepala tak berbenjol sbb dia jatuh kena pipi dulu kot. kami gi kat klinik dan doktor cakap dari pemeriksaan, matpan nampak mmg ok. cuma utk tempoh 12 jam, kalo dia muntah cepat2 dptkan rawatan. aku lega sebab matpan tak muntah. cuma sekarang ni dia jadi manja sangat dan agak lasak le jugak berbanding sblm jatuh. aku rasa mungkin matpan dah tahu yg dia akan jatuh katil sbb sejak awal minggu hari tu, dia dah pandai peluk aku kuat2. dekat nanny pun dia tak nak.
*
aku tak nak la matpan jatuh lagi. takut sangat. senak perut ni bila ingat balik. tapi aku dpt rasakan this is only the beginning. matpan akan jadi bertambak lasak lagi. normallah anak lelaki mcm tu. cuma aku berdoa agar Allah akan sentiasa melindungi dia.

ena @ 10:40 AM |comment
|

Tuesday, August 08, 2006

Sedangkan lidah lagi tergigit
*
Sabtu 5 Ogos 2006 - malam ni aku terasa ngan merah77. bukan niat aku, nak perli-perli dia tapi awat dia terasa sangat? Aku cuma tanya dia pasal forex tapi dia melenting. Dia marah aku kononnnya aku tak bagi dia guna komputer. tak terpikir pun nak halang. Aku terpinga. Aku tergezut. Tahlah dia marah aku masa aku baru nak bukak mulut makan ayam. Aku sedih. Berkali-kali aku sumpah kata tak terniat langsung aku nak hina dia. Merah77 kendian pandang aku, dia tengok muka aku mcm tak puas ati. Dia tak nak gaduh-gaduh dah. kendian dia pun tanya aku, "nak gaduh lagi ka?" huhuhu aku menggeleng. Aku masih lagi sedih.
*
Ahad 6 Ogos 2006 - aku masih lagi tak dapat melupakan peristiwa semalam. Sepanjang masa aku sengap ja. Tak tau nak cakap apa kat merah77. aku takut karang aku cakap apa2 dia marah lagi macam semalam. Tapi dlm dok makan dlm tu, sempat lagi aku ngikut dia pi pekena roti canai. Perut perlu diisi ma….
*
Sampai kul 4 petang, aku tak bertegur dengan dia. Perut aku berbunyik. Lantas, aku persiapkan diri dan tanya merah77 kot2 dia nak pesan apa2. walaupun aku marah kat dia, hati ni dok teringat gak. Dia cakap dia tak mo apa2 sbb dia dah makan maggi. Muka dia masam. Dia tanya apsal aku sengap. Memandangkan aku ni jenis tak reti nak pendam lama-lama aku pun citer kat dia dari a-z. cemana aku terasa, aku sedih blablabla. Tiba-tiba air mukanya berubah. dia bangun dari sofa dan terus masuk bilik. Aku mengikut dari belakang. Dia tukar baju. Sepatah perkataan pun tak keluar langsung dari mulut dia. Dlm hati aku, iskk dia nak lari dari rumah ka? Aku tak tahan. Aku nangis semahu-mahunya. Aku sedih sangat. Cakap salah, tak cakap pun salah. Aku buntu. "dia nak pi mana?" aku tanya diselang-seli dengan tangisan. Dengan selamba, dia pun menjawab.."nak pi Carrefour la. Nak pi tak nak?" huwaaa huwaaa.. aku nangis lagi atas katil. Dia buat slumber ja. Biar aku nangis sorang2. aku tak tahan.. "pujuk la kita… huhuhuhu.." barulah dia dok tepi aku, pegang aku. "dah la tu.. nak pi tak nak Carrefour ni?" dia tanya aku. aku pun dengan perlahan, "nak pi…." Tak lama lepas tu, merah77 start keta kami pun terus gi shopping di sana.
*
p/s: hidup suami-isteri, tak leh gaduh lama-lama. Sendiri yg makan ati.

ena @ 3:54 PM |comment
|

Monday, August 07, 2006

santau
*
last few weeks, opis aku heboh pasal santau kat medan selera ipoh. sampai kuar dlm suratkhabar lak tuh, gerai tak laku gara2 santau. terus-terang la aku cakap, aku cukup tak berkenan tiap kali diaorg citer pasal santau nih. aku ngaku benda ni wujud tapi at least selidik la dulu benda tu biar betul. ni tak, semua si polan ni, si polan tu yg bagitau.
*
beberapa tahun lepas lak, ada officemate datang kat aku "azni, baik2 skang ni byk santau kat peebee nih. ada org cakap 42 orang baru lepas belajar pasal santau. skang diaorg tgh sebarkan." aku bengkek jer mendengarnya. yerlah tak pasal2 nama peebee jugak busuk pasal citer2 nih. terasa gak tau! aku kan org peebee. aku pun jawab balik kat dia, "mana hg dengar? mana hg tau sampai 42 org dan bukan 43, 44 dan 45?" dia tersengap dan terus blah. fikir secara logik, cemana la hampa tau ada org menuntut ilmu santau nih? siap ada figure sekali? lain la kalo korang sendiri yg gi menuntut ilmu tuh. takkan la 'pelajar2' ilmu santau nih, nak bagitau kat orang.."woih.. aku ada kelas santau malam nih."
*
kat sini mmg kecoh pasal santau. thats why la korang tgk tak byk gerai makanan melayu kat sini. sikit2 citer santau. pantang laku sikit.. "woih.. baik2 kedai tu ada santau. hari tu org tu baru nak minum, tetiba gelas pecah." come on la.. jgn mudah melatah kalo gelas pecah.. katalah gelas tu selalu isi air sejuk tetiba jer gi bubuh air panas giler, pecah la gelas tuh. normal la gelas pecah kat restoran. aku bukan apa, sepanjang aku idop kat bumi peebee nih.. tak pernah lagi la aku dengar kengkawan aku, abah aku, adik-badek aku kena santau makanan. tapi cara diaorg kecoh tu, mcm semua kedai makan kat sini bercop 'Santau'. tak leh makan. bila tiap kali diaorg cakap pasal santau kat sini, aku pun membidas balik. cukup tak suka dgn citer2 nih.
*
aku kesian kat org2 melayu sini yg nak berniaga makanan. baru nak pacak tiang, org dah cantas. cemana melayu nak maju kalo dengki tak abih2? yg sebarkan citer santau ni pun satu. semua pakat dengar cakap org. cuba selidik dulu. niat baik nak ingatkan orang tapi kalo citer tu tak betul kan ker dah jadi fitnah? dah tu kata2 diaorg tu menutup pintu rezeki org tu. kesian la kat peniaga melayu tuh, niat baik nak jana ekonomi utk family tapi lain plak jadinya. semuanya gara2 busuk ati.

ena @ 8:52 AM |comment
|

~IntrO~

Photobucket - Video and Image Hosting

cik kelly

a loyal wife to merah77

a caring mother to matpan

an obedient child to paksu and che kiah

a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr. pembaris

 

~Contact mE~

kasturi2121@yahoo.com

~ArchiveS~

February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007

~ReadS~

my hubby

our family archives

my batch!

my radio 

my car

my bike

~TagboarD~

~LinkS~

kak wynn * tipahvogue * kak lynn * cik miera * rudy  net * analog * fara * yui * azura * antukarma * batpupu  zaim5 * alqas * syiekatsuya * zam * kak jolie (dona) * ieza * walkthrulife* zie * firul * tiara mamadib* hhas * kak jue * kak sri diah * mama danish * op * mommy hazel * tyra* nad junaidi * vespaburuk* eim* *eyzzah * julie's fotopages* warung*

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

blogskins  

blogger.com

haloscan

w.bloggar

photobucket.com

 

 Counters
Flavor WaveFlavor Wave