<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/22928938?origin\x3dhttp://matpan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Image hosting by Photobucket

Wednesday, June 14, 2006

UTUSAN MALAYSIA - 13 JUN 2006
Pembantu tadbir kesetiausahaan kecewa diletak dalam kumpulan sokongan
*
SAYA pembantu tadbir (kesetiausahaan) di jabatan kerajaan ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap taraf skim perkhidmatan yang meletakkan jawatan ini dalam kumpulan sokongan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
*
Sehingga ke hari ini, tiada perubahan yang dibuat oleh Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan taraf gred jawatan kami berdasarkan diploma yang kami miliki.
*
Jika JPA mengambil berat dan memberi perhatian kepada penambahbaikan skim-skim perkhidmatan yang lain terutama bagi jururawat dan guru, mengapa tidak jawatan kami?
*
Apakah kerana jawatan kami tidak begitu penting atau kami sememangnya telah dianaktirikan?
*
Jika pemegang diploma lain mendapat hak-hak keistimewaan di jabatan kerajaan dan berjaya memegang jawatan yang setaraf, tetapi kami yang mempunyai Diploma Kesetiausahaan yang masih berada di dalam kumpulan sokongan bertaraf SPM dan SRP sahaja.
*
Isu ini telah lama diketengahkan tetapi jawapan yang kami terima amat menyedihkan.
Untuk meningkatkan taraf perkhidmatan, jawatan kami perlu sentiasa dikaji akan kewajarannya dari segi skop fungsi tugas yang berubah secara menyeluruh dan implikasi ke atas hierarki struktur perkhidmatan pentadbiran iaitu pembantu tadbir (perkeranian/Operasi), pembantu tadbir (kesetiausahaan) dan pembantu tadbir rendah.
*
Apakah kami tidak layak untuk mendapat taraf yang sama diberikan kepada diploma yang lain?
*
Bukankah prinsip kadar upah mengikut kerja sudah tidak lagi relevan untuk digunakan sehingga kini?
*
Jika baru-baru ini JPA memberi peluang kepada semua pembantu tadbir rendah (operator telefon) Gred N14 dan N11 yang hanya berkelulusan SRP mendapat kenaikan pangkat sebagai pegawai khidmat pelanggan Gred N17 yang berkelulusan SPM, mengapa tidak boleh berlaku adil kepada semua pembantu tadbir (kesetiausahaan)?
*
Kami tidak minta perubahan secara menyeluruh sehingga menjejaskan implikasi ke atas hierarki struktur perkhidmatan pentadbiran, tetapi cukuplah sekadar dapat menaikkan imej kami sebagai pembantu tadbir (kesetiausahaan) sebagaimana jawatan setiausaha di syarikat swasta.
*
- PT (K) KECEWA,
Ampang, Selangor.

ena @ 8:27 AM |comment
|

~IntrO~

Photobucket - Video and Image Hosting

cik kelly

a loyal wife to merah77

a caring mother to matpan

an obedient child to paksu and che kiah

a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr. pembaris

 

~Contact mE~

kasturi2121@yahoo.com

~ArchiveS~

February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007

~ReadS~

my hubby

our family archives

my batch!

my radio 

my car

my bike

~TagboarD~

~LinkS~

kak wynn * tipahvogue * kak lynn * cik miera * rudy  net * analog * fara * yui * azura * antukarma * batpupu  zaim5 * alqas * syiekatsuya * zam * kak jolie (dona) * ieza * walkthrulife* zie * firul * tiara mamadib* hhas * kak jue * kak sri diah * mama danish * op * mommy hazel * tyra* nad junaidi * vespaburuk* eim* *eyzzah * julie's fotopages* warung*

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

blogskins  

blogger.com

haloscan

w.bloggar

photobucket.com

 

 Counters
Flavor WaveFlavor Wave