|
Tuesday, June 20, 2006
anginku dtg kembali
* sejak kebelakangan ni, makin menjadi plak penyakit aku. bila sakit mula teringat nak gi massage, bila tak sakit.. massage pun gone with the wind. petang tadi, buat kali keduanya dlm tempoh dua bulan (i guess!) aku mula rasa muntah2. utk kesekian kalinya, aku bagitau awai2, aku tak peknen. sejak aku peknen matpan dulu, sampai skang sakit tulang blkg ni tak ilang2. tetiba jer dia serang. sakit mmg sakit, aku rasa sakit tu mcm memula terasa nak bersalin. sakit, lenguh kat tulang belakang dan perut pulak rasa memulas. nak muntah tapi tak bleh jadi kena la aku berguling2 dlm surau dulu. * nak kata aku gastrik, tak mungkin kot sebab tengah hari aku dah makan nasi kat rumah mak. petang lak, kawan bagi karipap sardin, aku pun saja la makan. tak abih karipap tu, aku dah rasa lain macam. rasa mcm seram sejuk. aku dah agak, mesti nak jadi lagi nih. aku pun cepat2 gi surau. muntah sekali. guling2 kejap, tak okey gak. aku terpaksa jalan lak masuk opis minta org picit blkg aku. terus terang la cakap setakat ni, aku tak jumpa lagi pompuan yg bleh urut sedap. merah77 gak la menjadi pojaan atiku. dia kalo urut, sakit mmg sakit tapi lega. aku kalo urut org, depa kata sedap tapi sayangnya kalo turn aku, tak dak yg berbakat bab urut2 nih. * balik kepada sakit aku, dari pukul 3:30 sampai la skang aku rasa masih lagi tak okey. kurang mmg dah kurang tapi blkg aku masih sakit2 lagi. entahlah.. petang tadi nak balik pun, aku doa biarlah cepat sampai. aku tak konpiden nak amik matpan kat rumah nanny. dah la aku sakit2 nih, kepala pun pusing2. tunggu merah77 balik dan informed nanny aku amik matpan lewat. nasib baik nanny aku tu okey. dia kalut tepon aku, sebab yerlah aku kalo sakit sikit2 pun bleh lagi gagah pi amik anak aku. ni terpaksa antar wakil. * sabtu ni, aku ingat mmg cemanapun aku kena gak gi berurut. aku kena gak la. harap2 semuanya okey lepas aku berurut nanti. kelakar plak rasanya bila semua pakat kata aku peknen. mak, nanny pun dah risau. isk takkan la aku peknen lagi kot.. hehehhe
ena @ 9:31 PM |comment
|
Wednesday, June 14, 2006
UTUSAN MALAYSIA - 13 JUN 2006 Pembantu tadbir kesetiausahaan kecewa diletak dalam kumpulan sokongan *
SAYA pembantu tadbir (kesetiausahaan) di jabatan kerajaan ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap taraf skim perkhidmatan yang meletakkan jawatan ini dalam kumpulan sokongan berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). * Sehingga ke hari ini, tiada perubahan yang dibuat oleh Jabatan perkhidmatan Awam (JPA) untuk menaikkan taraf gred jawatan kami berdasarkan diploma yang kami miliki. * Jika JPA mengambil berat dan memberi perhatian kepada penambahbaikan skim-skim perkhidmatan yang lain terutama bagi jururawat dan guru, mengapa tidak jawatan kami? * Apakah kerana jawatan kami tidak begitu penting atau kami sememangnya telah dianaktirikan? * Jika pemegang diploma lain mendapat hak-hak keistimewaan di jabatan kerajaan dan berjaya memegang jawatan yang setaraf, tetapi kami yang mempunyai Diploma Kesetiausahaan yang masih berada di dalam kumpulan sokongan bertaraf SPM dan SRP sahaja. * Isu ini telah lama diketengahkan tetapi jawapan yang kami terima amat menyedihkan. Untuk meningkatkan taraf perkhidmatan, jawatan kami perlu sentiasa dikaji akan kewajarannya dari segi skop fungsi tugas yang berubah secara menyeluruh dan implikasi ke atas hierarki struktur perkhidmatan pentadbiran iaitu pembantu tadbir (perkeranian/Operasi), pembantu tadbir (kesetiausahaan) dan pembantu tadbir rendah. * Apakah kami tidak layak untuk mendapat taraf yang sama diberikan kepada diploma yang lain? * Bukankah prinsip kadar upah mengikut kerja sudah tidak lagi relevan untuk digunakan sehingga kini? * Jika baru-baru ini JPA memberi peluang kepada semua pembantu tadbir rendah (operator telefon) Gred N14 dan N11 yang hanya berkelulusan SRP mendapat kenaikan pangkat sebagai pegawai khidmat pelanggan Gred N17 yang berkelulusan SPM, mengapa tidak boleh berlaku adil kepada semua pembantu tadbir (kesetiausahaan)? * Kami tidak minta perubahan secara menyeluruh sehingga menjejaskan implikasi ke atas hierarki struktur perkhidmatan pentadbiran, tetapi cukuplah sekadar dapat menaikkan imej kami sebagai pembantu tadbir (kesetiausahaan) sebagaimana jawatan setiausaha di syarikat swasta. * - PT (K) KECEWA, Ampang, Selangor.
ena @ 8:27 AM |comment
|
Monday, June 12, 2006
family day
* memula tu aku tak sure sangat nak gi ke tak family day nih. first sebab aku rasa tak besh la matpan tak dak. mmg la bleh bawak anak aku tuh tapi kang payah la plak nak bermandi-manda, main sukaneka. kesian pun kesian sbb dah le sabtu lepas bwk pi kl, skang bukit merah lak. penat matpan nanti. nak tak nak, aku terpaksa tinggalkan matpan kejap kat mak. * sabtu - aktiviti yg memula sekali ialah melawat pulau org utan. syiok naik bot. dah lama tak naik. merah77 mcm biasalah, bukan nak amik gambaq aku. dia lebih suka amik gambaq pemandangan takpun org utan tuh. kat sana, kami dikenalkan dengan ketua 'gangster' heheheh ketua org2 utan. besar gilos. sekali dia pang, aku rasa putus kepala. tatut!!! kendian, kami tgk baby org utan lak. kiutnya!!! siap pakai pampers, dok dlm katil baby. macam orang! dah tu susu pun diaorg bagi susu isomil. sebijik betui la. ntahlah bila aku tgk baby org utan tu, rasa sayang pun ada. dulu aku heran gak, apa la org dok kata spesis ni comey, aku tgk biasa ja. tapi bila tgk baby org utan, baru aku tau.. * ptg tu kami ada sesi sukaneka. cian merah77 sbb tak leh join. dia kena balik mop rumah. kpd sesiapa yg blm tau, rumah aku skang ni kuar air dr lantai. entahlah apsal. dah panggey tuan rumah, hari ni dia mai check lagi sekali. back to sukaneka. orait gak la. abih muka aku, mulut aku penuh dgn tepung. tingat time O10B dulu, aku berpartner ngan yan kecik utk game cari gula2 dlm tepung. dulu tak terasa sgt tapi kali ni abih la idung mulut aku. kan dah terbersin2, aku bkn bleh abuk2 nih. nasib baik la aku bawak ubat. sblm tidor, telan ubat dulu, kendian merah77 picit kepala aku. leganya! * mlm lak dinner. hari ahad - waterpark!!! aku main tak ingat donia. paling mencabar, main boomerang. gilak!! memula aku mcm berani ja, siap pujuk merah77 ngan yus. bila dah dok kat atas, AGHHHHHHHH! terjerit2 aku. takut!!! member2 aku siap bantai gelak. muka aku pucat. merah77 pun gelak sama. lain kali bukak la mata, baru syiok, katanya. huhuhuhu tutup mata pun rasa mcm nak tercabut jantung, inikan pulak bukak mata. tatut!! ni last la aku main benda nih. * dlm pukul 1 lebih, kami stop main sbb kena get ready utk check out. penat gilos. aku kembali demam. nasib baik la mama suruh kami rehat dulu. ptg karang baru amik matpan. bangun dari tidor pun aku tak okey lagi. badan aku panas dan asyik muntah memanjang. nasib baik merah77 okey. dia la basuh baju, jaga matpan, kendian jaga aku lak. sayang dear!!!
ena @ 12:07 PM |comment
|
Tuesday, June 06, 2006
kenduri @ shah alam *
alhamdulilah.. kami semua selamat sampai peebee. lega hati aku sebab sepanjang kami berada di sana plus perjalanan yg jauh, matpan sikit pun tak buat hal. memula tu takut gak.. karang dia mengamuk dalam keta, sapa nak layan? tapi tu la alhamdulilah lega sangat2 sbb dia ceria memanjang. dah tu semua pakat jaga matpan. kejap2 org tu nak pegang, kejap2 org ni nak pegang. matpan lak macam redha jer, tak kishah langsung. dia mau kat semua orang. dengan cara matpan mcm tu, kira aku pun bleh la rilex2 kejap. * kami menginap di intekma resort. memula tu mama nak dok kat rumah yg sedare abah merah77 sediakan, nasib baik kami tak gi situ. aku bertegas gak la, merah77 pun tak kisah aku nak dok hotel. aku pikir satu jer, matpan tu kalo tengah2 malam time dia nak susu dia bukan bagi warning sikit2... terus siren emergency. tak seronok la kan nanti tidor org lain terganggu plak. lagipun aku rasa selesa kalo kami dok asing. privacy sket. apartment tu mmg luas. okeylah.. bleh sumbat ramai orang. breakfast pun not bad. rasanya next time kalo kami gi sana, bleh la stay kat situ lagi. * kami tak gi mana2 sgt pun. jumaat malam tu, kami gi rumah kenduri. esoknya pun sama gak. kesian matpan. penat dia diusung ke sana ke mari. tidor memanjang. petang sabtu tu lak, gi putrajaya. saja called ziana tapi dia dok ready utk show. hampes tul kawan ngan artis nih.. ooppps!! bukan ziana tuh.. ni ziana/jiana/angelina jolie. pemandangan mmg cantik tapi tempat makan tu tutup awal sangat. hajat di hati nak gi soux tapi ziana pi bagitau malam tak bukak. hampes tul.. nak makan lak semua gerai dah nak tutup. cg sorang jer yg sempat makan chicken rice. nak cari tempat lain, penat. jadik makan mcd ajerlah. * esoknya dah nak balik.. sebelum balik, kami singgah jap tmn pertanian. kalo time snow, nak gak masuk tapi skang time bunga. tak berminat + tak larat!! kawasan luas, dah tu kami dari tempat parking jalan ke entrance pun dah termengah2, ni kan pulak nak masuk dlm tu. tak yah la.. nampak sangat aku ni tak layak masuk explorace. badan dah berat.. heheeheh.. kami terus balik, lagipun perjalanan kami jauh. on the way, sempat la singgah tg. malim. rehat2 lagipun gelpren one nak jumpa matpan. aku lak yg excited lebih nak jumpak gelpren one tuh. entahlah.. walaupun one bukan darah daging aku, tapi bg aku once aku dah married ngan merah77, adik2 dia family dia aku anggap mcm family aku sendirik. gelpren dia pun nampak orait. muka mcm tunang mawi. putih, sweet. masa mama n yg lain jalan ke keta, aku sempat cakap, "mesti safiya tgh nervous gila, kan skang nih?" aku sengih. dia pun menjawab, "mmg nervous pun, rasa mcm tak nak turun dari keta." hehehhehe been there, done that! yerlah nak kena bagi first impression kat mama. alahai.. tingat aku time memula jumpak mama. * masa tu time raya, kira aku punyalah bayekkk siap angkat pinggan masuk dapur lagi ha.. cakap pun sopan, tunduk2 malu heheheh tapi skang ni tidak lagi. lebih2 lagi lepas aku bersalin dan berpantang kat rumah mama. kira dah slumber sangat2 la aku. dulu ada gak lipat2 baju, skang tidak lagi.. sebabnya? aku takut naik atas rumah sebab ada bunyik2. merah77 pun kata tak yah sbb atas tu mmg sunyi. aku ni lak kira spesis riuh, family dia lak jenis lain. thats y la kekadang aku lebih tahu whats going on berbanding merah77. mungkin sebab aku perempuan la kot.. org lelaki stylenya lain sket. family sebelah abah merah77pun dah kira rapat ngan aku. siap suruh aku tepung tawar pengantin (atau adakah aku sudah tua??). * kesimpulannya, syiok gak la pi sa ari tuh. masing2 jaga matpan, dukung ke sana ke sini.. dia ceria, aku pun ceria sama. selain dari tu, aku rasa seronok sangat sbb kawan aku, megat yusman sudi jumpa aku kat restoran walaupun cuma 5 minit. cian dia, susah-susah dari opis mai jumpak aku. mmg kezutan.. takperlah megat, kang raya nanti aku gi beraya rumah hang ekkk...
ena @ 7:46 PM |comment
|
|
~IntrO~

cik kelly
a loyal wife to merah77
a caring mother to matpan
an obedient child to paksu and che kiah
a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr.
pembaris
~Contact mE~
kasturi2121@yahoo.com
~ArchiveS~
February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007
~ReadS~
my hubby
our family
archives
my batch!
my radio
my
car
my bike
~TagboarD~
~LinkS~
kak wynn
*
tipahvogue *
kak lynn
*
cik miera *
rudy
net
*
analog *
fara *
yui *
azura *
antukarma *
batpupu
zaim5
*
alqas *
syiekatsuya *
zam *
kak jolie (dona) *
ieza *
walkthrulife*
zie *
firul *
tiara
mamadib*
hhas
* kak jue
*
kak sri diah *
mama danish *
op *
mommy hazel
*
tyra*
nad
junaidi
* vespaburuk*
eim* *eyzzah
* julie's fotopages*
warung*
~CreditS~
Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai
blogskins
blogger.com
haloscan
w.bloggar
photobucket.com
Flavor WaveFlavor Wave
|