|
Monday, May 15, 2006
Takziah
* pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak. mak menyampaikan berita sedih. kematian kak e. berita tu betul2 mengejutkan aku. setahu aku, kak e tak sakit. mcm mana dia boleh meninggal? * sampai office pun, aku masih lagi mcm bodoh. gementar, sebak. keluarga arwah kak e mmg boleh dikatakan agak rapat ngan keluarga aku. lebih2 lagi adik lelakinya sebaya ngan razif. malah satu kelas. aku pulak, walaupun berjiran tapi secara peribadi, aku tak begitu rapat ngan arwah kak e. sebabnya, beliau dulu belajar di sekolah berasrama penuh, kemudian terus sambung pengajian ke luar negara. bila balik malaysia, aku pulak yg sambung pengajian di ehtiem. kami cuma sempat berjumpa bila cuti semester, ataupun secara kebetulan di kenduri, supermarket. seterusnya keluarga kak e terpaksa berpindah ke rumah lain tapi masih di kawasan perumahan yg sama. namun begitu, aku mengenali arwah kak e melalui coretannya di blog. * aku menjadi pembaca setianya. arwah selalu bercerita mengenai keluarga. mmg terserlah bagaimana dia begitu menyayangi dan kasih dengan keluarganya. selain dari tu, dia juga bercerita ttg minatnya pada akademi fantasia, filem, lagu. aku menyanjungi kesabaran dan kasih sayang ditunjukkan. gambar2 riang mereka sekeluarga masih jelas di ingatanku. walaupun kami jarang bersua muka, berbual pun sekali-sekala tapi bila aku baca blog arwah, aku rasa mcm aku kenal sangat dgn arwah. aku tahu kisah hidupnya, pandangannya. aku rasa begitu connected dengan dia. sebab itulah, bila aku dapat berita kematian arwah, aku jadi terkejut dan masih lagi tak percaya. * aku harap semua tu cuma lawak bodoh tapi ternyata arwah telah pergi meninggalkan kami semua. bila aku pergi menziarah, jenazah telah dimasukkan ke kereta utk dikebumikan. aku rasa sedih kerana tak sempat menatap arwah kak e. aku pandang makcik, pakcik dan adik2 kak e. aku tak dpt membendung air mata. aku peluk erat makcik. aku usap wajah adik2nya. walaupun semua dah besar panjang, tapi aku yakin dlm naluri kak e, adik2nya masih lagi kecil. sebab tulah arwah kak e sedaya mungkin cuba memenuhi hasrat adik2nya. * kematian arwah mmg tak diduga. disahkan kerana sakit jantung pada usia muda. tak sampai 30 pun umur kak e. tak siapa tahu arwah mengidap penyakit tu dan instinct aku rasa arwah sendiri pun mungkin tak tahu. aku masih lagi berasa sedih dengan kematian arwah. aku doakan agar beliau ditempatkan di sisi org2 yg soleh. semoga roh beliau dicucuri rahmat. kpd keluarga pakcik, makcik.. takziah dari kami sekeluarga .
ena @ 9:32 PM |comment
|
|
~IntrO~

cik kelly
a loyal wife to merah77
a caring mother to matpan
an obedient child to paksu and che kiah
a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr.
pembaris
~Contact mE~
kasturi2121@yahoo.com
~ArchiveS~
February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007
~ReadS~
my hubby
our family
archives
my batch!
my radio
my
car
my bike
~TagboarD~
~LinkS~
kak wynn
*
tipahvogue *
kak lynn
*
cik miera *
rudy
net
*
analog *
fara *
yui *
azura *
antukarma *
batpupu
zaim5
*
alqas *
syiekatsuya *
zam *
kak jolie (dona) *
ieza *
walkthrulife*
zie *
firul *
tiara
mamadib*
hhas
* kak jue
*
kak sri diah *
mama danish *
op *
mommy hazel
*
tyra*
nad
junaidi
* vespaburuk*
eim* *eyzzah
* julie's fotopages*
warung*
~CreditS~
Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai
blogskins
blogger.com
haloscan
w.bloggar
photobucket.com
Flavor WaveFlavor Wave
|