<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/22928938?origin\x3dhttp://matpan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Image hosting by Photobucket

Tuesday, May 30, 2006

kasut
*
bulan ni utk kali ketiganya, aku beli kasut baru lagi. ntahlah apa sumpahnya kaki aku nih? susah betui nak lekat dengan kasut. kekadang rasa mcm nak ajer aku pakai selipar mai opis. selipar jerlah yg tahan lama pun. kalo kasut sandal em... tak sampai sebulan mulalah buat hal. boring betui aku!
*
aku sebenarnya bukan spesis beli kasut mahai2. kalo kasut tu rega rm30, aku rasa ishh mahai sangat. nak pakai kat kaki ja. bukan org perasan sgt pong. tapi merah77 dok berletiaq sbb kalo aku beli kasut yg rega belas2 tengoklah tak sampai 2 minggu, dah tak leh pakai. jadik, aku pun beli la sepasang kasut sattini. lawa la. kaler ijau lagi. high heel. aku cuma sempat pakai selama dua minggu mai opis ngan kasut tu, sedar2 dah berlubang tumit dia. huhuhuhu... nak kena pi repair kalo tak habih musnah kasut tuh.
*
disebabkan aku baru beli jer kasut, aku rasa macam tak patut la plak beli kasut mahai lagi. aku pun beli kasut biasa rega rm12.90 sahaja. lawa gak. tup-tap-tup-tap bunyik bila aku berjalan. mmg semua org perasan la kasut baru. kendian, tak dan seminggu.. kasut tu lekang plak dohhh.. dah la jadik time opis. terpaksa la aku pinjam selipar ja waktu tu sbb mmg tak dak kasut lain dah. huhuhu... aku pun pi la report kat hubby aku, kasut aku dah lekang. sebagai suami mithali, dia pun tolong gamkan kasut aku.
*
esoknya aku kembali ke opis, tak dan setengah hari. kasut aku lekang balik.. isk.. tensennya. aku pun gi pantry dan cari getah. aku tengok keliling aku. tak dak org, aku pun nak tak nak ikat la kasut aku tu dengan getah. mmg uduh tui. huhuhu... balik rumah, aku cari kasut 2 1/2 inci aku balik. kasut carlo rino masa hantaran dulu nih. kasut ni mmg lama aku tak pakai sebab tinggi sangat. dulu time slim bleh la, skang dah besar nih.. tak larat la nak melangkah. kasut tu berhabuk teruk. aku pun basuh balik kasut tu. aku rasa mcm tak patut ja kalo aku beli kasut sepasang lagi. sebab tu la aku sanggup pakai kasut tu.
*
esoknya aku pun pakai kasut tinggi tuh mai opis.. naik jer tangga, aiikk awat aku rasa semacam? aku tgk bawah.. loh rupa2nya kasut tu lekang gak. huhuhuhu.. nak pakai kasut mana lagi nih?? dengan muka sekupang, aku terpaksa pinjam kasut opihmet aku. nasib baik la dia simpan kasut dia kat opis. aku rasa eiii geram sangat dengan kasut. awatlah semua tak tahan ngan aku. kasut bata yg org ckp tahan lama gila tu pun, cuma tahan 3 bulan ja dengan aku. aku pakai kasut tu time peknen. selama 9 bln, dua pasang aku beli sbbnya semua terbelah di tengah.
*
tak tahan punya pasal, terpaksa la aku beli kasut lagi. kali ni aku beli kasut scholl. cina tu kata tahan 4 thn. mmg thn lama, berkualiti katanya. mmg la pernah gak dengar org ckp tahan lama. em.. aku nak tgk kasut ni bleh thn berapa lama ngan aku? harap2 lama la.. aku dah tak jemu bertukar kasut.

ena @ 9:44 AM |comment
|

Monday, May 22, 2006

lost
*
sejak dua menjak nih mmg aku rasa sikit lost. mungkin pasal aku dok teringat2 lagi pasal arwah kak e. entahlah nak kata rapat sangat tak jugak tapi mungkin pasal aku masih lagi dalam terkejut sebab tetiba jer kejadian tu berlaku. teringat lagi dulu masa arwah dok sebelah rumah aku. main badminton, bersembang, mengusik adik2 dia. emmm semoga rohnya ditempatkan di sisi org2 yg soleh.
*
kendian, baru2 ni lak aku ilang 3 benda. tu sebab aku jadi tak tentu hala sket tuh. first sekali aku tersedar, aku nyer brooch korea hilang. puas aku cari kat rumah, kat opis, rumah mak.. tapi tak jumpa. tapi aku sengap jerlah tak mo bagitau kat merah77 satgi dia berleter panjang. sayang betul aku kat brooch tu sebab brooch tu cantik sangat, batu dia berkilau2 dan brooch tu pemberian org masa org tu gi korea. bukannya import tapi mmg betul2 beli kat sana.
*
pastu yg paling aku rasa mcm tak seronok, tak syiok, ralat bila digital camera aku ilang. heran mmg heran. masa tu, eg datang nak amik camera. kitaorg pun konfiden la nak bagi tapi bila check dlm almari, beg sarung jer yang ada. camera dah 'yilek'. jenuh gak kami cari, dlm laci, kotak, beg malah aku siap angkat tilam spring tu kot2 ada (walaupun impossible) tapi mmg tak dak. bila pikir balik, camera aku tu bukannya kecik. jenis slr. ala2 org yg dah pro punya camera tu, cemana la bleh ilang? masa dlm laci tu, mmg beg terbuka. tapi yg aku kata pelik satu lagi nih sbb kaki camera ada, beg ada.. kalo pencurik, awat dia tak amik sekali. dah tu, kat umah ada gak syiling tu pun dok penuh, tak terusik. tu yang aku rasa mcm ishh.. pencuri ka salah letak ka? cari dah, punggah satu rumah pun dah.. tapi still tak jumpa benda besar gedabak tuh. rasa tak besh dah ler minggu depan aku nak gi kl. huhuhuhu....
*
lagi satu lagi nih, benda opis. kekadang aku rasa aku nyer ingatan dah tahap nak nyanyuk. aku kena pass satu benda nih kat student. aku letak la dpn pc (tak silap aku la) bila aku dtg balik opis the next day, tengok2 benda tu dah tak dak. puas aku cari dan tanya kat org. tapi semua kata diaorg tak amik. budak tu pun sama. rasa mcm nak pecah gak la otak nih, cuba nak ingat kot2 aku salah letak tapi entahlah sampai skang aku tak jumpa benda tuh.
*
skang ni aku cuba amik ubat gingko. ada org cakap, ubat ni elok utk otak. ntahlah mintak2 la mujarab ngan aku. tahap pelupa aku pun dah makin kritikal. adakah aku yg salah letak semua benda yg ilang? atau mmg ada org panjang tangan? wallahualam...

ena @ 9:24 AM |comment
|

Wednesday, May 17, 2006

selamat hari guru!
*
semalam hari guru. iskk kalo aku terima tawaran tesl dulu, mesti by now aku dah received hadiah berlambak2 ekk. hehehehe... tapi bila pikir balik, lega hati nih sbb tak terima offer tu. nak mengajar org ni, bukannya senang. tambah plak zaman millenium nih, bebudak pun semua jauh lebih ganaih dari zaman aku. masa aku dulu pun abih ganaih, melawan cakap cikgu. lawan pun setakat lawan mulut ja la tak derlah sampai naik tangan, bertumbuk. skang ni, kalo tak naik tangan pun senang jer masuk court. fuh! menakutkan. malah mak mertua aku pernah kena sekali. tapi bukannya masuk court cuma mak bapak budak tuh mai rumah, mintak semak jawapan exam. nasib baik la mama ni dlm lembut, tegas orangnya. dia tak bagi chance langsung, dia explain betui2 sampai mak bapak budak tu sendiri beralah.
*
citer abang jon lak lagilah dasat. dia kena mengajar kat sekolah di johor. pernah sekali, abang jon tangkap sorang budak nih pasal hisap rokok. abang jon memula tegur baik2, budak tu menafikan. kendian abg jon jenguk poket baju, nampak la dunhill. budak tu tetiba naik radang. dia tarik kolar baju abang jon sambil tengok tepat muka abg jon. mmg budak tu mmg cari nahas. abg jon ni bukan sekadar guru biasa. abg. jon pun lawan la balik, dia cekup kolar budak tu plak, "nak cari gaduh dengan saya ke??" abg jon jegil matanya (dahler matanya bulat besar). tersengap budak tuh. sekali lagi abg jon tarik lebih dekat ke muka abg jon. budak tu gelabah. abg jon dah menyinga. slowly dia lepaskan abg. jon. tapikan, tanpa disangka sejak kejadian tu.. budak tu kira jadi baik la plak. siap senyum2 tegur2 abg jon bila jumpa. malu alah kot..
*
ni aku plak.. masa ni aku tingkat 4 ka 5 ntah. tak hingat aku. kes bermula bila adik aku kena tangkap sebab rambut panjang. sebenarnya, our school ada satu peraturan bodoh. rambut student lelaki sebelah depan tu tak boleh lebih dari setengah jarak dahi. adik aku tu mcm aku gak dahi sempit, dah tu rambut dia of course la panjang sket dari setengah. kalo nak ikut betui2 adik aku kena jadik mcm mat serenti la kepala dogol. kendian ada cikgu tu siap bising2, sbb pengawas (adik aku) rambut panjang. diaorg nak potong rambut masa tu gak. adik aku cakaplah, "kalo cikgu nak potong, bagitau abah saya dulu." cikgu tu rasa mcm adik aku krg ajar ckp mcm tu sbb bagi amaran. actually mmg betui pun abah ckp mcm tu. abah aku cukup tak berkenan rambut dogiang. kendian, depa suruh telefon rumah bagitau. iskk abah lak tak dak. mak terpaksa setuju jerlah nak kata apa lagi. waktu kawan lain belajar, cikgu nih bawak adik aku gunting rambut kat luaq. tak patut! tak patut! keesokan harinya, cikgu aku ni kira cikgu hem. dia nak mengata la adik aku. tak sempat dia nak mengata, aku berdiri dan bagitau dia, "the boy u r talking about is my brother." cikgu hem pun tanya apsal dia ckp mcm tu, mcm bg warning. aku pun balaih la, "he is telling the truth. mmg abah saya ckp kalo cikgu tangkap dia pasal rambut, bagitau kat abah." cikgu hem tersengap sekejap. kawan2 aku terlopong. tak sangka kot aku seberani tuh. "sekarang macam mana rupa dia?" tanya cikgu hem. aku dengan selamba jawab, "mcm org baru lari dr pusat serenti." keadaan makin panas. tak sempat aku nak 'bersembang' lagi, kawan kelas aku pi bagitau pasal papan hijau berlubang.. ish kacau betuilah. tapi mmg lepas kejadian tuh, abah aku pun tak puaih hati. tiap kali lalu, rumah sorang kerani sekolah tu, abah bawak slow. sebabnya, kerani tu pun siap mengapi2kan cikgu tu. perli2 adik aku. kalo jumpa cikgu tuh pun, abah pandang tepat dan serius. gelabah!
*
aku bukannya mengata cikgu aku tuh. apa yg aku nak explain kat sini, jwtn cikgu tu amat mulia. kalo kita jaga, sayang dan pentingnya ikhlas.. anak murid InsyaAllah tak jadi kurang ajar, melampau. guru kenalah pandai amik ati murid2. kita kena earn respect, barulah menjadik. aku sebenarnya sedih gak la ngan sekolah aku dulu. kalo kelas sains, dimanja2 ditatang bagai minyak yg penuh. kelas sastera, dibuat halai-balai. aktiviti sekolah pun tak dak. nak pi rombongan pun jenuh berkira. macam mana anak murid nak maju? macam mana nak cungkil potensi anak murid? kalo semua based kat buku? hari ni kita belajar..., bukak muka surat .... ok kerja sekolah.... kendian ada plak bleh aimed, student ni dpt pangkat apa2.. aku memula cikgu aimed pangkat 2. cisss!! nasib baik aku ni kuat semangat, aku belajar sungguh2 sebab nak buktikan yg cikgu tu silap. tapi tu aku.. kalo org lain lak, bleh jadi terus tak der semangat.
*
oleh itu, fikir2kan lah..

ena @ 4:31 PM |comment
|

Monday, May 15, 2006

Takziah
*
pagi tadi aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak. mak menyampaikan berita sedih. kematian kak e. berita tu betul2 mengejutkan aku. setahu aku, kak e tak sakit. mcm mana dia boleh meninggal?
*
sampai office pun, aku masih lagi mcm bodoh. gementar, sebak. keluarga arwah kak e mmg boleh dikatakan agak rapat ngan keluarga aku. lebih2 lagi adik lelakinya sebaya ngan razif. malah satu kelas. aku pulak, walaupun berjiran tapi secara peribadi, aku tak begitu rapat ngan arwah kak e. sebabnya, beliau dulu belajar di sekolah berasrama penuh, kemudian terus sambung pengajian ke luar negara. bila balik malaysia, aku pulak yg sambung pengajian di ehtiem. kami cuma sempat berjumpa bila cuti semester, ataupun secara kebetulan di kenduri, supermarket. seterusnya keluarga kak e terpaksa berpindah ke rumah lain tapi masih di kawasan perumahan yg sama. namun begitu, aku mengenali arwah kak e melalui coretannya di blog.
*
aku menjadi pembaca setianya. arwah selalu bercerita mengenai keluarga. mmg terserlah bagaimana dia begitu menyayangi dan kasih dengan keluarganya. selain dari tu, dia juga bercerita ttg minatnya pada akademi fantasia, filem, lagu. aku menyanjungi kesabaran dan kasih sayang ditunjukkan. gambar2 riang mereka sekeluarga masih jelas di ingatanku. walaupun kami jarang bersua muka, berbual pun sekali-sekala tapi bila aku baca blog arwah, aku rasa mcm aku kenal sangat dgn arwah. aku tahu kisah hidupnya, pandangannya. aku rasa begitu connected dengan dia. sebab itulah, bila aku dapat berita kematian arwah, aku jadi terkejut dan masih lagi tak percaya.
*
aku harap semua tu cuma lawak bodoh tapi ternyata arwah telah pergi meninggalkan kami semua. bila aku pergi menziarah, jenazah telah dimasukkan ke kereta utk dikebumikan. aku rasa sedih kerana tak sempat menatap arwah kak e. aku pandang makcik, pakcik dan adik2 kak e. aku tak dpt membendung air mata. aku peluk erat makcik. aku usap wajah adik2nya. walaupun semua dah besar panjang, tapi aku yakin dlm naluri kak e, adik2nya masih lagi kecil. sebab tulah arwah kak e sedaya mungkin cuba memenuhi hasrat adik2nya.
*
kematian arwah mmg tak diduga. disahkan kerana sakit jantung pada usia muda. tak sampai 30 pun umur kak e. tak siapa tahu arwah mengidap penyakit tu dan instinct aku rasa arwah sendiri pun mungkin tak tahu. aku masih lagi berasa sedih dengan kematian arwah. aku doakan agar beliau ditempatkan di sisi org2 yg soleh. semoga roh beliau dicucuri rahmat. kpd keluarga pakcik, makcik.. takziah dari kami sekeluarga
.

ena @ 9:32 PM |comment
|

Friday, May 12, 2006

lagu lagi...
*
Di dalam kereta, berkumandang lagu 'Puteri' nyanyian Zainal Abidin. aku mmg suka sangat lagu nih. penuh feeling. terus aku bertanya kat merah77, "best lagu nih. lirik dia tuh mmg mcm dia suka gila, sayang sangat kat pompuan tu." merah77 senyap. agaknya dia pun menghayati lagu tu kot. "tuju la lagu nih kat kita. ala mcm zaman kat ehtiem dulu nih. mcm2 lagu dia bleh bagi, siap hantar kat radio muzik, " sambung aku lagi. merah77 membalas, "kita tak mo tuju lagu nih kat dia." "awatnya? best apa lagu nih. mcm dia puja, cinta abih kat pompuan tuh." aku cakap kat merah77. "kita nak bagi lagu iris kat dia. yg awie nyanyi tu. lagu tu lagi best. mmg kena betui kat dia," merah77 bagitau kat aku. aku buat muka pelik. "lagu puteri dia tak kawen ngan pompuan tu. pastu pompuan tu dah tak dak. dia ada lagi. lagu iris tu plak mmg kena sebab dia dah kawen. takkan tak pernah dengar kot?" jelas merah77. "pernah dengar tapi tak pernah la plak hayati lirik dia. nyanyi la kita nak dengaq" aku menjawab. "isk.. balik satgi, dia bukak internet baca lirik dia. kita bagi lagu tu kat dia. nak nyanyi tak reti" dan aku pun cari lah kat internet.
*
"Iris" - Awie
*
Kau masih ku cintai, sungguh
Dari awal dulu hingga hari ini
Aku pasti seyakinnya pasti
Kau lah satu untuk ku
*
Kau masih Dewi hatiku, sungguh
Biar sejuta tahun hilang di hari
Usah gusar sayang usah ragu
Aku milikmu
*
(Korus)
Cinta ku jika kau tanya pada bintang
Gemilauan sinar tak kan hilang
Akan aku sinari duniamu
Moga terpadam sangsi mu oh
*
Cintaku jika kau lihat tingginya awan
Tak kan tercakar tinggi cintaku
Hanya hati ku tahu apa mahuku
Kan dunia ku pastinya milikmu
Hingga ke akhir hayatku
*
(Ulang korus)
*
Kau masih ku cintai, sungguh
Dari hari pertama kau ku nikahi
Aku pasti seyakinya pasti
Engkau milik ku
*

wa.. syioknya... selama ni aku tak pernah la amik pedulik sgt lirik lagu nih. rupanya mmg ada makna. lebih2 lagi perenggan akhir, mmg kena betui la sbb kami dah kawen. hehehehhe.... banggernyer aku, pandai dia pilih lagu. thanks, dear! muah!!!

ena @ 6:51 PM |comment
|

Monday, May 08, 2006

Afdlin Shauki - Aku Lelaki
*
Sememangnya ku lelaki
Penuh kelemahan diri
Tak boleh nak mengatasi
Keinginan semulajadi
Lapar ku ke kedai kopi
Mencari horlicks dan roti
Terlihat si gadis sunti
Hirup teh bak bidadari
*
Aku pergi sekolah tinggi
Ada diploma dan degree
Tapi nampak gadis lawa
Cair otak bak... bak... bak... mentega
Ku hilang daya berfikir
Pertuturan ku tercicir
Gatal-gatal dah melanda
Aku mesti bertemunya
*
CHORUS:
Aku lelaki, Ada keinginan semulajadi
Aku lelaki, Jangan daku dipersalahi
Daku dicipta begini
*
Ku rapat menghampirinya
Lalu terus ku bertanya
"Adakah nama you Lina?
Teman kolejku yang lama"
Terus dia menidaknya
"Encik salah orang agaknya"
Sememangnya daku tahu
Ia sekadar taktikku
Ku pinta duduk bersama
Konon semua kerusi basah
Lalu ku perkenal diri
"Hi, Saya Afdlin, nama saudari?"
*
"Nama saya Nurhaliza
Datang dari Parit Buntar
Kalau ingin berkenalan, duduk bang dipersilakan"

CHORUS:

Hormon daku tak terkawal, ku tak jadi balik awal
Baik terus mengayatnya, mungkin ku dapat nombornya
Datang si penjual bunga, yang nampak kita berdua
"You want buy rose for your girlfriend ah?
Only fifty ringgit sure can ah"
Terus si Nur mengambilnya, aku tengok tak percaya
Daguku jatuh ke meja, di kocekku RM5
Oh mati diriku kini, control hensem pun tak jadi
Kartu kredit ku diberi, "Ahh already expired lah, Mr. Afdlin Shauki"

"Oh nama you Afdlin Shauki, penyanyi popular kini
Tapi bukankah you kini, sudah mempunyai isteri?"

ena @ 8:43 AM |comment
|

Monday, May 01, 2006

BTN
*
minggu lepas, aku tak der selama 5 hari sebab menghadiri kursus BTN. lucky for me coz my sis pun kena gak. so, sepanjang masa tu kira kami berkepit ler berdua-duaan. sebelum bertolak, eiry mmg dok berleter panjang. aku buat derkk ajerlah. nak tak nak kena gak attend. nak bagi excuse pun, thn lepas dah terlepas ngan alasan peknen. takkan nak skip lagi kot? aku menghitung hari ajerlah.. bila la nak balik. seminggu sebelum bertolak, mmg aku dah mula rasa windu kat matpan. org bila dah tak der depan mata, baru rindu. aku lak terbalik. aku rasa sayu sangat nak tinggal dia. bila dia tidor aku tgk dia puas2. aku dakap dia. terasa rindu sgt walaupun dia depan mata aku. mungkin teknik aku tu berkesan kot, sebab bila sampai sana aku tak la mengalami rasa rindu tahap gila2. ada gak la kawan eiry bawak gambar buat penawar rindu, aku lak em... kira boleh tahan lagi la. sbb aku dh windu dia awal2 lagi. tapi aku yakin kalo kursus aku tu lama, mungkin aku menangis2 meracau2 nak balik tgk anak aku tuh.
*
alhamdulilah kursus tak la se'strict' yg disangka. dulu diaorg cakap sampai tak sempat iron baju la itu ini.. tapi aku sempat gak la nak baring, sembang2 etc. nak kata aku enjoy kursus tu, tak jugak. sebab kebanyakannya bebudak yg jauh lebih muda dari aku. terasa diri ni dah tuwerrr (oh! tidak!!!) walaupun group aku tu tak sangka aku ni 27 tapi tu la cemana sekalipun aku ni older than them. memula kursus, aku rasa menyiammmpah kat satu geng ni. semua bebudak seketeri. punyalah kecoh dlm dewan. buat malu ja! aku ckp kat eiry, boring tgk perangai diaorg. my sis, lak ckp mungkin dlm geng jer diaorg kecoh tapi kalo sorang2 tu, diaorg tu okey. entahlah aku still rasa boring. she was right when one the secretaries tu masuk dlm group aku. nampak gaya, mmg okeylah cuma dia ni jenis lantang bersuara. suka tanya soalan bila time presentation. org cakap A, dia pi kalih ke B dan seterusnya. cian akak aku tuh jenuh menangkis serangan. oh ya! dari ramai2 orang tu aku ngan eiry dah kira nasib, kami sama2 dlm satu group. cuma tak pernah satu group kecil bila time presentation.
*
bila dah 2-3 hari, aku pikir balik kata2 eiry. dlm group jer, minah tu jadi lagu tuh. riuh semacam. aku rasa kalo aku kat tempat minah tu, mungkin aku pun mcm tu gak. just imagine myself kalo satu kursus ngan kengkawan kat ehtiem dulu - ziana, along, yan, kak linda, ct, julia, kak miera... antara kami2 ni, kira julia, yan, kak miera kira budak baik. sengap. kalo kak linda, ct, ziana, along (sket2) mau tak gamat kami semua dlm dewan. tapi seriuh kami sekalipun, tak pernah la sampai menarik attention orang lain. cuma kalangan kami ja. tu jer membezakan kami. rindunyer aku kat diaorg!!
*
masa kat btn, aku ngan eiry jadi mcm zaman kami kat sekolah dulu. rapat sgt dan gelak memanjang. eiry la suka gelakkan aku. yerlah aku pun maklum la aku ni a lil bit weirdo gak kengkadang. bebudak satu dorm pun dah arif sgt ngan kami adek-badek. kami la paling senior, kami gak la paling hingaq. diaorg ada gak bagi pendapat, kata diaorg eiry ni mcm ganaih, nakal sket yg aku lak mcm budak baik. eleh.... aku rasa itupun sebab eiry la suka citer kata aku ni jenis budak baik. kekekekkeke... baik ke aku nih? Tuhan ajer yg tau.
*
masa dok menyembang tu, ada gak la junior tanya aku pasal eiry. dia kata eiry ni garang. ahakss!! aku rasa kalo aku tak kenal pun mungkin ckp camtu. sbb bila eiry tanya sesuatu, cara dia mcm serius. siap tangan buat gaya power root. tapi eiry menidakkannya. dia rasa muka dia tu muka peramah. bertengkar la kami dlm dorm, tengok sapa betui. eiry lak dok kata aku ni yg muka sombong. deep down inside my heart aku rasa kami dua mmg ada muka sombong. kalo org sekali pandang, mungkin la depa kata kami ni mcm sombong tapi once depa dah kenai, baru depa tau. aku tau sbb dulu ada gak org kata aku ni sombong, tp tu lah don't judge a book by its cover, don't judge a person by his/her external looks.
*
abis jer kursus rasa lega sangat. lepas satu beban, harap2nya tak der la kursus mcm ni lagi dan biarlah aku lulus btn. tak kuasa aku nak meredah hutan buat kali keduanya.

ena @ 10:39 PM |comment
|

~IntrO~

Photobucket - Video and Image Hosting

cik kelly

a loyal wife to merah77

a caring mother to matpan

an obedient child to paksu and che kiah

a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr. pembaris

 

~Contact mE~

kasturi2121@yahoo.com

~ArchiveS~

February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007

~ReadS~

my hubby

our family archives

my batch!

my radio 

my car

my bike

~TagboarD~

~LinkS~

kak wynn * tipahvogue * kak lynn * cik miera * rudy  net * analog * fara * yui * azura * antukarma * batpupu  zaim5 * alqas * syiekatsuya * zam * kak jolie (dona) * ieza * walkthrulife* zie * firul * tiara mamadib* hhas * kak jue * kak sri diah * mama danish * op * mommy hazel * tyra* nad junaidi * vespaburuk* eim* *eyzzah * julie's fotopages* warung*

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

blogskins  

blogger.com

haloscan

w.bloggar

photobucket.com

 

 Counters
Flavor WaveFlavor Wave