|
Wednesday, April 26, 2006
kenapa begini?
* aku berusaha utk buat yang terbaik dan macam2 dah aku lakukan tapi ada ja perkara yg buat aku hilang kawalan. apa jer benda, aku la yang dipersalahkan. walaupun bukan salah aku. aku cuba terangkan tapi aku heran. aku terus jadi mangsa keadaan. terus-terusan.. entah kenapa? masa di sekolah, aku selalu jadi tumpuan cikgu2 bila bab soalan. kini bila aku bekerja, apa saja yg tak betul.. semua memandang ke arahku. * aku bosan. aku bosan bila kesalahanku sering menjadi isu pertama. aku manusia biasa tapi kenapa bila ada saja salah, org akan nampak aku? aku cuba utk berdiri tapi keadaan tetap tak berubah. arghh hidup ini! tadi, satu peristiwa berlaku. sekali lagi bukan salahku tapi nak tak nak aku terpaksa telan juga. telahku jelaskan tapi masing2 terus menuding jari ke arahku. * ikutkan nafsu, ingin saja aku menelan pil tidur. aku mahu lari dari masalah yang membelenggu. aku ingin bebas, aku ingin gembira tapi aku tahu aku tak mampu. dlm rasionalku, masih ada orang2 tersayang. ini bukan kali pertama, dah banyak kali. bila aku ingin berbuat demikian, aku bayangkan mereka dan hasratku itu kupadamkan. orang cakap masalahku tak seberapa, masih ada yg jauh lebih serius dariku. tapi aku seorang yang lemah. aku amat lemah. aku langsung tidak boleh menerima keadaan ini. sejak pagi hingga kini, air mata menjadi teman. ramai memandang tapi aku tak mampu untuk menyembunyikannya. biarlah.. aku biarkan ia mengalir. tak tahu pada siapa harus ku ceritakan, tak tahu bagaimana utk menghentikannya. * mungkin ini satu sumpahan? mungkin permulaan? aku tak tahu, aku terlalu letih. letih memikirkan betapa lemah diriku ini. aku tewas dalam meniti arus hidup. maafkan aku.
ena @ 2:01 PM |comment
|
Sunday, April 16, 2006
byk benda la nak kena pikir
* aku tau lately aku makin jarang update blog nih. fuh!! my life is so upside tonggeng terbalik down. nak kata matpan buat hal sangat pun tak jugak tapi entahlah rasa mcm mind ni tak bleh nak concentrate jer. nak menyembang2 ngan friends pun mcm biskut. kejap ada kejap tak der. antara yg dok playing on my mind skang nih:- * Kursus - huhuhuhu i have to leave my son. mmg la only for 5 days not even satu minggu pun tapi yerlah bila pikir balik dlm minggu ada hari sabtu ngan ahad tu la yg leceh tuh. kalo hari2 biasa, paham la jumpa baby pun early morning kendian after 6 pm, main kejap dan terus dia tidor sampai pagi. ini 2 whole days, i'm gonna miss my baby! dah ler dia dah cerdik, kenal mama dia. alamak!! beg tak siap lagi!!! * Being Me - something i will tell on my future post on what's bothering my mind. something which i dont believe in. * House - at last, jumpa gak rumah yg berkenan di hati. walaupun tak boleh la nak kata rumah idaman tapi aku rasa okeylah dengan lokasi yang strategik, murah (berbanding lain) dan semi-d. rumah kat tmn ilmu tu, lagi sekali nama aku tak naik.. udah ler masa fasa 1 pun sama. tapi nama merah77 la plak dpt. masa fasa 1, harganya RM165k sekarang naik 20k jadik RM185k. gila betul! nak kata besar tu, tak la besar melampau2. besar sket ja, ada tanah sket ngan dua tingkat. nasib baik la ada rejeki kami dapat rumah semi-d nih. sblm ni, mmg ada dia letak iklan kat kedai tapi org tak nampak. kami pun tak terfikir nak beli sbb mengaharap pada rumah taman ilmu. tapi ntahlah nak jadi rejeki kot.. rumah tu milik kami gak walaupun slps beberapa bulan. skrg ni dlm proses buat agreement. harap2nya semua selesai dgn mudah * PA - again mcm every year, aku kena ganti tempat akak PA BB. aku tak suka. really mess up my mind sbb nak kena pikir 4 boss kena serve. mau tak berpusing kepala aku, dah la skang ni aku tgh cuba berusaha utk naikkan markah LPP aku. arghh!!! mau biol aku nanti. * My Hand - masuk hari ni dah nak dekat 2 bulan tangan aku tak okey lagi. sakit makin kurang tapi still tak boleh nak buat kerja2 berat kat tangan sebelah kiri. kenapa ekkk?? * My Hair - sejak dua menjak ni rambut aku gugur punyalah banyak. nak kata matpan dah hembus kat aku, rasanya blom lagi. i need to sapu bilik, hall, dining selalu sbb keguguran rambut yang melampau2. nasib baik la rambut aku tebal tak la nampak obvious sgt. * Holiday - aku perlu bercoti-coti malaysia. tenangkan fikiran. rasa mcm bengong jer kepala otak nih. * rasanya setakat ni jer kot list kat kepala aku. aku percaya setiap hari ada jer benda baru yg menyusul. benda nak kena pikir lagi. ntahlah... aku rasa letih.
ena @ 9:44 PM |comment
|
Saturday, April 15, 2006
sebelum dan selepas
* masa awal-awal perkenalan... * - beli air tin, merah77 siap tolong bukak penutup tin tuh - kalo naik keta, bukakan pintu - bila tangan jadi gatal2, immediately pi cari ubat - suka buat suprise - bagi bunga, hadiah - senyum sokmo - kalo dating, sanggup bayarkan - cakap jer nak apa, sanggup cari * itu dulu, kekadang rasa nak jer balik ke zaman berchenta. rasa mcm sweet sangat time tu. walaupun merah77 dah tak romantik mcm dulu tapi bila pikir balik pengorbanan dia skang ni.. lagilah bermakna. kalo setakat romantik jer yg lain tak amik berat pun susah gak kan? * sekarang - sanggup berjaga malam, buat susu matpan - masak, basuh baju - selesaikan bil2 - uruskan borang2 kerajaan - jadik akauntan keluarga - ikut gak kehendak aku, walaupun kekadang tak masuk akal - usaha cari pendapatan sampingan * keadaan dah berbeza. aku pun kena gak la sedar. aku ni dah jadik mak orang, mana bleh nak ikut zaman bujang dulu. sekarang ni bila dah start kawen n ada matpan, life mmg kena change a bit. merah77 pun tak leh layan aku macam dulu. banyak lagi benda nak kena pikir. Alhamdulilah setakat ni kira aku ni kira banyak senang gak la berbanding sesetengah orang. thanks to my hubby for understanding me. and also for being such a wonderful husband /father to me and matpan.
ena @ 10:03 PM |comment
|
Thursday, April 06, 2006
eppi anniversary, mak abah! *
mak abah, * dulu masa kecik, annie ingat lagi. kami ni nakal2 selalu buat darah mak ngan abah 'go upstairs'. ada kalanya mak mcm hilang sabar sampai mengeluarkan statement, "pusing kepala baru tau." hehehe tapi mak tak pernah buat pun. jentik pun tak pernah. bila dah besar nih, annie ngan eiry selalu tergelak bila pikir ayat mak tuh. org lain selalu kata tarik telinga tapi mak pusing kepala.. ala2 wrestling la plak. tapi sebalik tensen ngan kami, mak kekadang ikut jugak kehendak kami. ingat lagi tak bila kami malas bangun pagi? puas mak kejutkan tapi kami masih lagi liat dan paling melampau tu bila annie la selalu buat2 demam waktu pagi sbb tak mo gi sekolah. mak tak sampai hati tgk kami kena marah ngan abah. jadi sebelum abah bangun, mak akan tolong kami angkat basikal masuk bilik. heheeh punyalah nak sembunyik dari abah. dan rasanya sampai skang abah tatau lagi kan.. misi kita tuh. * abah plak mmg tak banyak cakap ngan kami. mungkin sbb kami ni nakal jadik abah amik keputusan apa2 hal cakap ngan mak. walaupun macam tu, kami tetap hormati abah. elok jugaklah mak sporting, abah pulak strict. baru la seimbang. walaupun abah tegas, ada ketika gak masa annie kecik dulu, bila mak marah2 annie sebab lembab sgt nak mengingat ABC. abah kesian kot tgk annie kena marah, jadi abah ajak annie keluar cepat2. ajak gi kedai. annie pun terus bersiap, mak lak mencuka. mesti mak geram sgt time tu. * masa kami kecik2 dulu jugak, mak ngan abah kadang2 ada la jugak bandingkan kami ngan anak2 jiran. nak kami contohi diaorg. yerlah diaorg tu pandai2, baik2 tak mcm kami nih. dengan bangun lambat, asyik bergaduh, conteng pintu, anti-kucing.. kesian mak ngan abah pening dibuatnya. tapi yg tu satu ketika dahulu. sekarang ni walaupun mak dengan abah tak pernah cakap kat kami, kami tau dlm hati mak ngan abah sebenarnya bangga sangat ngan kami. mungkin la kami ni tak la secantik, sepandai, sepopular anak org lain tapi kami ada keistimewaan kami sendiri. tak semua manusia perfect, tapi alhamdulilah bila kita bersama keluarga kita mmg perfect. * kepada mak abah, terima kasih kerana membesarkan kami dengan sempurna. semoga keluarga kita terus bahagia selama-lamanya.
ena @ 2:24 PM |comment
|
Tuesday, April 04, 2006
apa2 jerlah
* first sekali aku nak ucap happy belated birthday kat razif a.k.a mr. pembaris ngan ct inul ahakss!!!. birthday adik aku tu pada 31 march yg lepas, si siti inul tu plak pada 1/4/06. * my wish to mr. pembaris : semoga hang sukses selalu. tahniah la sbb dpt no. 3 dlm kelas. mcm tak caya ja kami semua tapi mcm mak kata, hg mmg skang ni agak rajin berbanding dulu. tak pa la.. cuma 2 thn ni ja nak pulun betui2 lepas tu enjoy la 2-3 bulan. hang kan anti-amalina sbb dia pandai sgt, jadik hg struggle la betui2 buktikan yg pun bleh jadik mcm dia. orait?? * my wish to ct inul : hang.. dah 27 thn. tatut!!! tapi bak kata org skang.. age is just a number so keep on 'goyang gerudi'. ahakss! semoga hang ngan shaifull terus romantik, sayang-menyayangi, dimurahkan rezeki dan ceria selalu. kan ayang kan?? jgn mare yer ct, aku ngusik ja. teruskan lah dengan lawak2mu sbb kalo hang tak dak sehari kat warung kak linda, sunyi sepi.. tak ceria la komputer aku. * sabtu lepas, first time aku bawak irfan gi jenjalan ke pacific/carrefour. tatut gak la sbb ni first time dia jalan jauh. inilah penentunya sama ada dia ni bleh bawak jalan atau akan merap nanti. lega sebab nampak cara dia ni bleh la bawak gi jenjalan. masa gi pacific ingat nak le tgk mma. aku punya la excited yerlah kot2 la anak aku tu bleh masuk tv (muahahha) tapi sayangnya bila aku sampai ja aznil dah ckp, "kita jumpa lagi dlm mma...." isk kesian la matpan aku tu dah standby dah sengih2 dia. tak pa chek no.. kendian bawak lak gi carrefour. first time dia dok dlm stroller. lega sekali lagi dia mau dok diam2 dlm tu. memula letak tu, matpan terbeliak-beliak mata dia. heran. dia dah nak 'sebek' cepat2 aku tolak stroller tu. dia tergezut tapi kendian dia mula ceria. seronok. aku lagi la bertambah2 seronok. kalo mcm ni la gayanya, hehehhe wahai kengkawan sekian.. tunggulah kemunculan aku. aku dah bleh jenjalan mcm dulu. yahoo!!! windunyer dah lama tak jalan2..
ena @ 10:13 AM |comment
|
Sunday, April 02, 2006
Bila April - Fazley * Bila April tiba Hati mula berkata Setahun lamanya Perkenalan kita Ku tanya padamu Kapankah hatimu Akan ku miliki Selama abadi * Di April yang itu Kau katakan padaku Sabarlah menanti Takkan lama lagi Kau senyum bermakna Padaku kau pinta Berikanlah oh waktu Kenalilah dirimu * Bila bila April Aku menantimu, aku menantimu Dan bila April, bila April Dapatku pastikan, cintaku ini Dan bila, bila April Bibirku pasti akan bertanya Kapankah kau milik ku.. *
ena @ 9:54 PM |comment
|
|
~IntrO~

cik kelly
a loyal wife to merah77
a caring mother to matpan
an obedient child to paksu and che kiah
a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr.
pembaris
~Contact mE~
kasturi2121@yahoo.com
~ArchiveS~
February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007
~ReadS~
my hubby
our family
archives
my batch!
my radio
my
car
my bike
~TagboarD~
~LinkS~
kak wynn
*
tipahvogue *
kak lynn
*
cik miera *
rudy
net
*
analog *
fara *
yui *
azura *
antukarma *
batpupu
zaim5
*
alqas *
syiekatsuya *
zam *
kak jolie (dona) *
ieza *
walkthrulife*
zie *
firul *
tiara
mamadib*
hhas
* kak jue
*
kak sri diah *
mama danish *
op *
mommy hazel
*
tyra*
nad
junaidi
* vespaburuk*
eim* *eyzzah
* julie's fotopages*
warung*
~CreditS~
Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai
blogskins
blogger.com
haloscan
w.bloggar
photobucket.com
Flavor WaveFlavor Wave
|