<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/22928938?origin\x3dhttp://matpan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Image hosting by Photobucket

Friday, March 03, 2006

matpan masuk wad
*
khamis (02032006)
*
semalam badan matpan panas sangat. letak koolfever pun still tak berkurangan panasnya tuh. nasihat doktor, kalau irfan tak okey jugak cepat2 bawa ke hospital. jadi, pagi ni aku dengan merah77 ambil EL sekali lagi. aku mmg penat giler. dari awal pagi (5 am lebih) merah77 la yg terpaksa jaga matpan. aku demam sebab tak cukup rehat. tapi lepas sejam dua, selesema aku pun hilang. merah77 kejutkan aku. rupanya merah77 tak terus tidor, tapi dia surf internet dan cari info pasal penyakit matpan. dari web hamid arshat, mmg cirit-birit ni tak boleh buat main2. serius pada bayi. kami kalo boleh tak nak matpan kena cucuk utk tambah air dlm badan. sakit. kami cari kalo ada opsyen lain. jadik pagi2 lagi kami bertolak ke Bagan Specialist. at least kat sana tu, doktor pakar. tempat tu pun okey.
*
aku dah siap2kan baju matpan. aku tau matpan mesti kena masuk wad. aku mmg kalo bleh biar masuk wad supaya doktor bleh check matpan betul2. kalo kat rumah, aku ngan merah77 bukan tau apa. setelah doktor checked, dia cakap mmg matpan kena masuk wad sebab badan dia mmg panas, pastu pasal cirit kuar darah tu mungkin sebab infection. kalo infection bagi cirit jer tak per. doktor takut infection ni mengganggu lungs dan organ badan matpan. tu yang bahaya. doktor minta duduk wad dlm satu hari, utk tgk cemana condition matpan.
*
aku risau gak bila matpan masuk wad ni. my biggest concern would be bleh ker matpan tido? mmg amik masa gak utk matpan menyesuaikan diri. aku cuma sediakan baju matpan tapi aku lupa keperluan aku sendiri. cuma bawak jem, roti dan sudu utk makan. merah77 terpaksa berulang-alik beli makanan, baju, berus gigi etc. malam lak- merah77 tak boleh teman sekali. jadik kena la aku sorang jaga matpan. risau kalo matpan tak mo tidor. tapi alhamdulilah.. matpan tidor nyenyak. aku la plak yg kejap2 jaga utk pastikan dia minum susu, air.
*
Jumaat (03032006)
*
matpan mmg tidor nyenyak. dia tak mo minum susu ngan air. dia lebih rela layan tido dr mengisi perut. nak tak nak, aku kena bagi susu/air masa dia tidor mengiring. nurse ada tegur aku tapi kalo aku angkat dia, mmg tak habis la minuman dlm botol. sedangkan waktu sekarang dia kena banyak minum air. doktor checked matpan, dari rekod panas matpan makin lama makin berkurangan. dia dah tak demam. doktor tanya, bleh ke aku jaga matpan lepas ni? aku jwb, boleh. doktor bagi matpan balik tapi matpan kena dtg utk appointment pada hari ahad nanti.
*
aku dengan merah77 rasa lega sangat. bila pikir balik, mungkin kami nak try bagi matpan tido dlm aircond bilik. rumah aku ni mmg panas, kalo ikut hamid arshad tu bleh jadi salah satu sebab cirit-birit/panas. lagipun tgk matpan mmg lena betul tido kat spital. kami dpt la thermometer, ubat2 dari spital. cuma satu jer, yg kami 'kureng pemahaman' sket..cemana nak tgk suhu? aku cuma nampak diaorg sumbat dlm punggung matpan tapi tak nampak la plak cemana nak kira. entahler..
*
** aku nak ucap big THANKS to saraswathy (sebilik ngan aku). dia byk bagi pendapat, tips dan tolong aku jaga matpan. nampak sgt aku ni ibu muda sbb bila family dia tgk aku ngan matpan, terus tanya anak sulung ke? tak berapa pandai jaga baby lagi. yerlah baru 2 bulan lebih jadi mama. THANKS jguak kt Dr. Dinesh n nurse sbb sudi belek2 matpan nyer 'pooh-pooh'.
*
**aunty merah77 nangis2 bila tau matpan masuk wad. aku ngan merah77 lak lebih cool n easy (dlm hati, cuma Tuhan yg tau). kami tau ni dugaan dr Tuhan. kami ni susah nak dapat baby. lepas 3 thn baru ada matpan. jadi, mungkinla ini dugaan utk tgk kami sabar ke tak. same goes to my cousin. payah sgt nak dpt baby lelaki, bila dah dpt baby tu plak selalu sakit2. mungkin kami pun mcm tu gak. kami kena la byk bersabar dan berdoa agar matpan cepat sembuh.

ena @ 8:06 PM |comment
|

~IntrO~

Photobucket - Video and Image Hosting

cik kelly

a loyal wife to merah77

a caring mother to matpan

an obedient child to paksu and che kiah

a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr. pembaris

 

~Contact mE~

kasturi2121@yahoo.com

~ArchiveS~

February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007

~ReadS~

my hubby

our family archives

my batch!

my radio 

my car

my bike

~TagboarD~

~LinkS~

kak wynn * tipahvogue * kak lynn * cik miera * rudy  net * analog * fara * yui * azura * antukarma * batpupu  zaim5 * alqas * syiekatsuya * zam * kak jolie (dona) * ieza * walkthrulife* zie * firul * tiara mamadib* hhas * kak jue * kak sri diah * mama danish * op * mommy hazel * tyra* nad junaidi * vespaburuk* eim* *eyzzah * julie's fotopages* warung*

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

blogskins  

blogger.com

haloscan

w.bloggar

photobucket.com

 

 Counters
Flavor WaveFlavor Wave