<xmp> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/22928938?origin\x3dhttp://matpan.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> </xmp>
Image hosting by Photobucket

Friday, March 31, 2006

panggilan yg melampau
*
semalam dlm pukul 10 lebih, aku terima mesej berbunyik

"hi sya.. dah makan ke blm?"

aiii sapo nih.. merah77 mcm biasa, kalo ada msg ka phone calls ka dia mesti tanya dr siapa. aku pun tunjuk msg tu kat dia. merah77 pandang aku semacam. "dia ada lucky lain ka?" tanya merah77. aku pun cakap... "tolong sket ar... dia bleh tuduh apa saja tapi kalo dia tuduh annie ada lucky lain. tu kira melampau la tu." aku pun reply blk msg tu.. "sapa nih?"
*
"azam la.. " jwb msg tu. aku reply lagi sekali, "sorry wrong number"
*
"takkan tak ingat. dulu pakai no. nih 016-*********"
*
merah77 lak balas, "Lu apahal. org ckp wrong number"
*
"jgn la marah. ingat tak janji nak jumpa kat tasik proton city. luper kerr?"
*
merah77 balas lagi sekali, "jom"
*
terus org tu tak balas-balas. aku rasa ni bukan first time org tu antar msg. sblm ni rasanya ada gak terima. tapi aku just ignore. bila pikir balik, nasib baik la merah77 ni bukan jenis cepat melatah. kalo dpt husband yg jenis cemburu giler, buat tindakan melulu.. mau dak hancus rumahtangga.

ena @ 8:52 AM |comment
|

Monday, March 27, 2006

UT- apa tuh??

"dia ni bila la nak buat bisnes. asyik kita sorang ja. dia tolong la sama. nak macam2 tapi tak buat apa pun..."

*
aisehhh.... merah77 dah mula berleter. hehehhe.. biasalah aku, bab membeli mmg nombor 1 tapi bab mencari doit ni agak lembab sket. aku tak reti nak promote2 walaupun satu masa dulu kat ehtiem jadik agen avon kejap. sekejap jerlah. pastu jadi agen sari ayu sama. tapi tak lama sbb masalah dok jauh ngan pembekal. aku kat manjung, barang kat peebee. jenuh la..
*
alhamdulilah aku dpt hubby mcm merah77. otak dia ligat pikir bisnes, bisnes, bisnes. memula tu kami dlm zaman kegelapan sbb nak cari bisnes yang sesuai. tapi kini stabil la sket. alhamdulilah sekali lagi sbb akhirnya kami jumpa produk yg bagi faedah, bermanfaat. that's y la bila merah77 nak beli motor besar, aku tak melenting. penat dia cari doit, biaq la dia rasa hasilnya. lagipun produknya 100% halal dan InsyaAllah tak rugi. based ngan rekod lepas2 pun pulangan 10 - 18%, produk apa ni ekkkk... ala.. baru2 ni pun produk ni masuk paper sbb selalu menang award.
*
mesti korang kata, ala minah ni start dah.. nak buat bisnes. em.. terpulanglah. aku cuma nak share benda yg baik. aku kan suka story-story apa yg aku rasa bagus. produk ni org panggil Public Mutual Unit Trust. ramai gak la yg tak tau amender la benda alah nih. aku dulu pun tak tau. tapi secara ringkasnya merah77 cakap macam ASB gak tapi jauh lebih baik. memula aku tak amik tau tapi bila sekali merah77 cakap..
*
merah77 : nanti dah dpt kwsp nanti, bawak keluar. masuk UT
aku : huh? bawak keluar.. loh boleh ka?
merah77 : bawak kuar la nak tunggu apa lagi. ingat dividen kwsp byk sangat ka?
aku : berapa? awat tak bawak masuk asb ja?
merah77 : lebih kurang 4.5% ja. buat rugi perap lama2 kat situ. asb ingat banyak ka dividen bleh dpt?
aku : tu kekadang kat tv kata 10-11% tu apa.
merah77 : 7.25% dia punya dividen, bonus kita tak ingat tapi yg pasti bonus dpt kalo simpan 10 tahun. tu pun dlm 2% ja. larat nak tunggu?
aku : UT lak?
merah77 : 10% sampai 18% setahun. setakat ni tak pernah dpt kurang dari jumlah tu.
aku : ya ka? awat tak glemer kalo benda ni bleh dpt banyak.
merah77 : sapa kata tak glemer. org melayu ja tak ramai tau pasai ni. semua pakat buh kat asb. kalo org cina, depa mmg tau. lagipun bleh check la kat website depa, kat mana2 sekalipun depa ni byk menang award dlm ngan luar negeri sbb pengurusan amanah depa ni baguih, cekap. dia tak tgk paper baru2 ni, siap buh senarai produk depa semuanya dividen tinggi2.
aku : em.. ya ka.. heheheh mana chek tau..
merah77 : mmg la. org baca paper, dia baca paper tapi apa dia baca kita pun tak tau.
aku : berletiaq, berletiaq, berletiaq.. ni, lagi satu nak tanya. halal ka benda nih. mana tau kot2 kata ja halal tapi buh kat kilang carlsberg
merah77 : dia ni awat, huh? dok tak percaya cakap kita. rumah ada internet, tapi bukak benda merapu-rapu. pi kat http://www.publicmutual.com.my. kat situ mmg dah siap tulih besar2 lagi HALAL dan boleh check kat mana depa labur. toksah risau la. ingat kita nak buh kat benda haram ka?
aku : jgn la marah. kita tanya ja. ya la doit kwsp yg kita dpt tu byk, nak la pikiaq mana yg terbaik
merah77 : mcm ni la, skang ni dia reg. public islamic dividend fund. skrg ada offer bleh dpt 1 unit free. kalo tak mo masuk yg ni, amik jenis dana iktikal bleh dpt insurans free. tapi nak buat apa, sbb dia dah ada insurans dah.
aku : em.. kita amik yg islamic tu la kot. tapi kita nak tgk dulu award dia.
*
dan skang walaupun aku tak reti nak meniaga, tapi doit aku ttp InsyaAllah akan bertambah. dapat la untung sket2 dari tak dok langsung.. kalo nak citer pjg2, aku habaq awai2 aku tak reti. nipun jenuh lucky aku perabih air liur cerita. aku akan tanya merah77 utk konpem betoi ka dak.. tapi plg senang, contact dia sendiri la.. kat satriavr42000@yahoo.com (ym dia selalu on)

ena @ 10:41 PM |comment
|

Friday, March 24, 2006

aku menangis lagi
*
beberapa hari lepas, satu peristiwa sedih telah berlaku. alhamdulilah tak der kena mengena ngan matpan tapi pasal aku n opis la. masa tu ada meeting pentadbiran. memula tu mmg okey tapi tetiba BB dtg dan mula la pokpekpokpek pasal visi la, pasal kemajuan la dan banyak lagi. dalam dok citer pasal expectation dia, dia sound aku. dia kater aku ni tak proaktif la, innovative la. depan colleague yg lain dia pi sound aku. aku cool dulu, tapi bila dah panjang lebar dia berleter, aku dah tak bleh tahan.
*
entah cemana, tetiba aku terspeaking omputeh ngan BB. immediate boss aku, Tores ngan Enkay tersengap. even BB pun tersengap gak dari dok berleter panjang tadi. mana bleh tahan kalo org dok merendah2kan kita, mesti la kita meradang kan? aku cakap kat BB, "how am i supposed to know if all the letters are not through me? sometimes i dont even know the letter exist. for example, if aca. the letter will go to Y while rd will go to Enza." suddenly misar, BB's PA pi cakap selama ni dia bagi kat aku. cuma masa aku tak dak ja dia bagi kat person yg in charge for every dept. kalo ikut hati aku, nak jer aku tumbuk meja tuh. bila masanya.. aku cuma tau benda2 simple ja. benda2 lain semua dia pi bagi kat dept2 tu. pastu clerk dept2 tu pi ckp terus kat Tores ngan Enkay. walaupun aku ni sec depa, tapi aku bukan ada bilik sendiri atau bilik share ngan boss. ruang aku kat luar sekali ngan clerk. aku cuma bleh nampak jerlah depa bincang ngan boss aku. tapi amende bincang aku pun tak tau. masa tu mmg aku hangin, tapi aku cool gak. tak mo gaduh2 walaupun hakikatnya cuma aku ngan kerani2 dept ja tau. aku mmg bengang giler. misar lak still dengan berlagak cool mcm cara dia kerja mmg betul. geramnya aku..
*
lepas tu BB cakap, lepas ni surat terus ke Tores kendian Tores akan pass kat aku. ada ka cara kerja mcm tu? iskk.. ntah apa-apa. kendian Tores cakap, okey lepas ni dia prefer semua surat, surat apa sekalipun bagi kat aku dan aku akan pass kat dia. at least aku tau apa aktiviti, kerja dia dan aku bleh keep track semua benda. huh! lega.
*
ptg tu aku nangis.. aku citer kat merah77. dia pun pujuk la aku sambil jaga matpan. dia pun faham emosi aku tak stabil. dia sanggup jaga sampai aku betul2 okey. dalam ujan lebat, aku amik kunci keta terus gi beli aiskrim. rasa mcm nak melantak aiskrim jer. lepas tu aku pun lega sangat.
*
esoknya, Tores cakap dia faham perasaan aku. dia pun tau surat bukan sampai kat aku. lepas tu dia pun ngaku, salah dia gak sebab selalu tak bagitau apa2 benda kat aku. terus berhubung dengan clerk dan bukannya aku. jadik, start ari nih semuanya akan berubah. sebelum ni, takder secretary jadi diaorg dah terbiasa ngan cara pass ke clerk. sbb tu la aku selalu ketinggalan. kesian kat aku.
*
harap2nya lepas ni semua ikut mcm apa yg dirancang dlm meeting. kalo tak, mau dak aku speaking lagi.

ena @ 9:42 PM |comment
|

Monday, March 20, 2006

aku dan pizza
*
aku suka makan pizza hut especially hawaian chicken/hawaian supreme.. besh! kendian, hirup mushroom soupnya yg pekat dan dicicah plak dengan roti parmesan. syiok.. dianyer chocolate drink pun besh gak. first time aku try masa dpt kebenaran kuar mlm masa pantang. hehehhee tak sangka lak merah77 bawak gi pizza hut time tuh.
*
sabtu lepas, entah kenapa tetiba merah77 lapar pizza. aku ikut jer walaupun time tu tak la lapar sangat. kami amik set atlantis. kendian, waitress tu bawak papan ooo.. saper pesan set tu bleh dpt satu menu percuma. kena main anak panah. memula aku dpt apantah, menu murah. kendian aku tanya adik tu, bleh tak aku main pusing sekali lagi. tak sangka lak adik tu cakap, tak per kak.. akak tunjuk jer nak makan apa. tak kisah. aku pun apa lagi tunjuk kat spaghetti. hehhehee dah lama tak makan spaghetti. set yg aku amik tu mmg byk gak - ada pizza, drinks, soup, roti, tortilla and plus spaghetti free tu. tetiba waitress tu cakap, bleh amik buah sebab pengurus pizza tu belanja. oh ya! lupa nak habaq, manager tu kawan sekolah merah77 zaman muda belia dulu. apa lagi, kami pun gi la amik. org dah belanja. tgh dok menghirup soup, makan spaghetti.. mai pulak 2 gelas fruit yogurt. syioknya!! kenyang giler kitaorg. pizza pun cuma dpt makan satu slice jer, selebihnya tapau buat makan malam. kenyang! sampaikan aku rasa badan matpan pun berbau pizza.
*
hari ni lak, BB belanja all the staff makan pizza lagi. sebab aritu, semua staff kerja sabtu ahad sampai tgh malam utk buat report. aku tak terlibat tapi BB belanja gak. malu tapi mau.. muahhahah.. tengah hari tu, ramai2 kitaorg serbu pizza hut. aku kira beruntung gak sebab semeja ngan ewe dan abemie. sebelah tu BB n wife tapi yg syiok tu pizza letak atas meja kitaorg so kitaorg tak derla segan2 sgt. pizza depan mata. memula aku cuba mengontrol ayu tapi bila dah abih satu slice, aku dah tak malu dah. selamba badak aku tambah slice, makan tempura and buah. abemie memula kata tak lalu la, tak biasalah tapi melantak jugak. ahaks! ewe lak dok gelak terkekeh-kekeh tgh aku yg tambah dan tambah lagi. bukannya aku tak sedar diri, tapi actually aku rasa sayang sangat tgk makanan tak habis. tinggal sikit2.. sayang oi... dah ler mahai. jadik aku tak nak membazir, aku pun makanlah apa yg tak habis. lagipun membazir tu kan amalan setan.. hehehhe
*
in the end, BB bayar rm200++ utk belanja kitaorg. luckily tak der makanan atau minuman yg tak abih. thanks to me!
*
** i love pizza, thats y la bila pizza hut ada kat peebee, aku la org yg paling riak sekali!

ena @ 8:46 PM |comment
|

Thursday, March 09, 2006

aku yg hampir merajuk
*
smlm aku jd bisu kejap. suara x kuar langsung, aku cuma bleh berbisik. rasa rimaih sgt sbb aku ni agak talkative, tp terpaksa senyap. kalo aku ckp sekalipun bkn ada org dengar. buat rugi aku nganga-nganga jer. bila org tanya psl matpan, punyalah excited nak citer tp mlgnya diaorg x phm sepatah 'arem' pung. kwn aku la plak jd tkg jwb soklan. aikk.. mcm dia la plak emak.
*
mlm tu aku rasa mcm nk demam. biasalah.. bila aku demam, aku rasa lapaq gila. rasanya kalo ada ayam dpn aku, mau dak aku sembelih makan. nasib baik aku dok taman. ada pun 'hanjin', tak bley.. tak bley.. 'arem' tuh.. tunggu punya tunggu, merah77 pun balik. aku pun tertinjau-tinjau apalah yg dia beli kat aku. dengan rasa penuh bahagianya, dia menyerahkan plastik berisi kueh pau ngan roti john. aku dah nak hangin tapi aku cool dulu. aku tgk isi kueh pau. "kari ayam" isk.. kalo kueh pau, aku suka kacang merah. selain dari tu, aku tak makan. aku letak balik kueh pau dlm plastik. aku amik roti john. aku gigit.. aikk awat rasa roti jer nih. aku belek isi roti john. loh.. ni telur ka apa? nipis gila! aku agak mesti telur tu dia kasi pecah pastu bubuh sikit2 jer kt roti tuh. selbhnya buh kat roti lain. sos lak elok jer rata. mayonis lak dlm satu sudu teh. cis!! dah la org lapaq.
*
aku masuk dapur, em.. nasib baik ada lagi maggi. aku pun masak la mee goreng maggi. sedap lagi mengenyangkan! merah77 tanya buat apa. aku jwb mee. dia tanya lagi awat tak makan benda yg dia bawak balik. aku ckp la aku tak makan kueh pau lain selain dari kacang merah. roti john lak mcm roti jongos.. tak dak isi apa pun. merah77 tanya lagi, aku marah ka. jwpn aku, "dak aiiihh.." dalam ati aku, ish.. dah 10 tahun kenai, takkan tak tau lagi, kalo aku demam, aku lapaq. dia lak dgn slumbernyer amik roti ngan pau dan terus ngap! masuk mulut dia. aku tanya beli kat mana? dia jawab kat funfair. huh!! la ni ada funfair kat sini.. huhuhu sampai ati dia pi, tak bawak aku. aku sengap, marah, merajuk. aku tak pelawa dia pun mee goreng tu. dia lak buat derkk sambil mengunyah kueh pau.
*
eieiieii.. bukan nak pujuk! kendian baru sedar, aku tak dak suara. kalo aku muncung ker, buat sengap ker bukan dia tau. dia mesti ingat aku tak dak suara, sebab tu aku sengap ja. huhuhu.. rajukku tidak menjadi! malas nak bergaduh, aku terus bawak matpan masuk tidor. kalo aku ckp aku tak puas ati pun, payah gak. kang dia ckp byk2, aku bukan ada suara nak bidas dia. aku gak yg sakit ati. pastu kalo dia merajuk, tido luar.. aku mana ada suara nak pujuk dia. jadik, lebih baik aku buat tak tau. biarlah kurawat lukaku sendiri. sob! sob! sob!
*
* diri ini merasa rindu pada kenangan ehtiem 97-99

ena @ 8:42 PM |comment
|

Wednesday, March 08, 2006

matpan semakin pulih
*
Alhamdulilah.. hari isnin lepas, sekali lagi aku amik EL. aku risau sebab dah byk hari dah matpan asyik tidor, minum susu pun takmo. badan matpan pun nampak mcm cengkung. MIL mendesak aku dan merah77 bawak matpan ke hospital hari ni. merah77 terpaksa gi kerja, boss dia dah nak mengamuk jadik it was all up to me nak bawak matpan ke spital mana. early in the morning, MIL called dan suggested gi BSC since rekod matpan dah ada kat sana. aku masih tak tau what to do sbb merah77 berpendapat tunggu hari selasa sebb baru smlm gi appointment BSC. dlm pukul 10:00 pagi, aku called Dr. D (seek for his advice) tapi dia tengah round melawat patient. the operator asked me to call again at 10:30am. tapi dlm kul 10:15 am tu, matpan bangun dari tidor. aku usap kepala matpan. usually lepas jer bukak mata sekejap, dia akan tidor balik. but not this time. aku dakap matpan, aku bawa dia ke depan. bagi dia minum susu (dia nak minum!) dan kemudian aku main2 ngan dia. matpan senyum dan kadang2 dia gelak. aku rasa happy sangat. aku dpt rasa matpan dah sihat. aku lap badan matpan, matpan pun nampak seronok (yerlah dah lama tak kena air- dia mmg suka mandi). selepas lbh kurang sejam, baru matpan nak tidor. nasib baik la mama tak bawak matpan pi spital awal2 pagi, kalo tak mesti kena drip. Alhamdulilah..
*
3 hari dah berlalu, alhamdulilah matpan nampak semakin pulih. dia dah tak demam cuma cirit tu masih ada lagi. mungkin amik masa sikit utk dia sembuh sepenuhnya. masa matpan sakit, tak silap aku kak linda ada bagitau mungkin dia nak boleh buat sesuatu kot. mungkin ada benarnya kata kak linda tu. masa kat hospital mmg matpan dah boleh tidor mengiring, bila dah sihat ni pulak, tengok dia dah boleh meniarap. cuma kepala dia jer lagi yg tak brp stabil. mak cakap nanti 3-4 bulan kot, keraslah tengkuk dia tu. mudah-mudahan. bila pikir balik, kesian kat matpan.. sakit teruk gak la kendian baru la bleh buat mengiring dan meniarap nih. semoga lepas ni, matpan tak perlu sakit lagi utk boleh buat sesuatu. ada jugak kan baby/budak mcm tu?
*
hari ni, aku tak der suara langsung. nak ckp ngan syani pun kena hantar sms tak pun kat rumah ni, bila dia bukak komp. kena taip kat ms word. huhuhuhu.. tak kisahlah biar aku sakit, jgn matpan yg sakit.

ena @ 7:30 PM |comment
|

Sunday, March 05, 2006

cepatlah sembuh, sayang
*
matpan masih lagi tak mo minum susu/air. abih byk 1oz jer utk tiap kali susuan. tu pun cuma beberapa kali dalam sehari. matpan banyak tidor dr minum. sampai aku ngan merah77 kena kejutkan dia utk minum susu. aku risau. pagi tadi bawa matpan utk appointment dengan doktor. matpan dah tak demam. cirit dia pun, dah nak warna kuning kalo tak warna hijau gelap. doktor bagitau kuman dlm perut matpan cuma kuman biasa. tak menyerang paru2 matpan. Alhamdulilah.
*
tapi berat matpan susut. doktor cakap kalo antibiotik dah habis, dia masih lagi tak ceria, tak mo minum susu.. kena bawak matpan sekali lagi ke hospital. entahlah.. aku rasa nak bawa matpan gi spital sini jer. drip pun drip la asalkan matpan kembali ceria mcm dulu. aku tak tau cemana nak bagi matpan minum. minum seteguk dua, dah nak sambung tidor.
*
minggu lepas cuma sekali jer aku masuk opis. entah minggu ni cemana. aku dah tak mo pikir pasal opis. nak kata apa pun katalah. aku nak matpan sihat betul baru bleh aku masuk opis. mmg bahaya bila air kurang dlm badan. Ya Allah! Selamatkanlah anakku. Sihatkanlah dia.
*
Alhamdulilah merah77 bukan jenis cepat melatah. dia banyak membantu. dia tau aku risau. dia selalu cuba ceriakan aku dan banyak membantu dalam menjaga matpan. kalau dia pun jadi mcm aku, aku tak tau cemana kami nanti. aku sendiri, rasa letih sangat. kalo ikutkan mmg aku tak der rehat berkualiti. aku rasa mengantuk tapi aku terpaksa melawan perasaan tu utk jaga matpan. merah77 tak pernah tegur aku, mungkin dia dpt agak cemana aku rasa.
*
aku tak tau esok macam mana. doa aku masih lagi mengharapkan matpan cepat sembuh.

ena @ 11:35 PM |comment
|

Saturday, March 04, 2006

minggu dugaan
*
1. matpan kena masuk wad. Alhamdulilah cuma satu malam jer, demam panas InsyaAllah dah tak der, cirit lak sekarang dah nampak agak berkurangan. cuma sekarang aku masih risau sebab matpan takmo minum susu. abih2 pun dia minum ORS. tu pun tak banyak. sepanjang hari matpan asyik tidor. selamatkan la anakku..
*
2. rumah yg kami bercadang nak beli mungkin kami terpaksa let go. sebabnya owner nak deposit RM60k.. giler ke aper? pemaju pun tak amik sebanyak tuh. harga rumah pun dlm RM120k.
*
3. keta kena langgar. tadi on the way merah77 ke opis, ada org langgar bumper keta. kesian la keta kelisa aku tuh.
*
entahlah.. walau apa pun, aku harap sangat matpan cepat sembuh. yg lain aku tak kisah. aku risau cemanalah nanti nanny tu nak jaga matpan? aku tak trust sesaper pun sekarang ni. kalau boleh aku tak mo masuk opis, sampai la matpan betul2 sembuh. matpan, minum la susu banyak2. mama tak kisah, berapa mahal pun susu matpan. asalkan matpan sihat, ceria mcm dulu. mama tak sanggup tgk matpan sakit.

ena @ 9:35 PM |comment
|

Friday, March 03, 2006

matpan masuk wad
*
khamis (02032006)
*
semalam badan matpan panas sangat. letak koolfever pun still tak berkurangan panasnya tuh. nasihat doktor, kalau irfan tak okey jugak cepat2 bawa ke hospital. jadi, pagi ni aku dengan merah77 ambil EL sekali lagi. aku mmg penat giler. dari awal pagi (5 am lebih) merah77 la yg terpaksa jaga matpan. aku demam sebab tak cukup rehat. tapi lepas sejam dua, selesema aku pun hilang. merah77 kejutkan aku. rupanya merah77 tak terus tidor, tapi dia surf internet dan cari info pasal penyakit matpan. dari web hamid arshat, mmg cirit-birit ni tak boleh buat main2. serius pada bayi. kami kalo boleh tak nak matpan kena cucuk utk tambah air dlm badan. sakit. kami cari kalo ada opsyen lain. jadik pagi2 lagi kami bertolak ke Bagan Specialist. at least kat sana tu, doktor pakar. tempat tu pun okey.
*
aku dah siap2kan baju matpan. aku tau matpan mesti kena masuk wad. aku mmg kalo bleh biar masuk wad supaya doktor bleh check matpan betul2. kalo kat rumah, aku ngan merah77 bukan tau apa. setelah doktor checked, dia cakap mmg matpan kena masuk wad sebab badan dia mmg panas, pastu pasal cirit kuar darah tu mungkin sebab infection. kalo infection bagi cirit jer tak per. doktor takut infection ni mengganggu lungs dan organ badan matpan. tu yang bahaya. doktor minta duduk wad dlm satu hari, utk tgk cemana condition matpan.
*
aku risau gak bila matpan masuk wad ni. my biggest concern would be bleh ker matpan tido? mmg amik masa gak utk matpan menyesuaikan diri. aku cuma sediakan baju matpan tapi aku lupa keperluan aku sendiri. cuma bawak jem, roti dan sudu utk makan. merah77 terpaksa berulang-alik beli makanan, baju, berus gigi etc. malam lak- merah77 tak boleh teman sekali. jadik kena la aku sorang jaga matpan. risau kalo matpan tak mo tidor. tapi alhamdulilah.. matpan tidor nyenyak. aku la plak yg kejap2 jaga utk pastikan dia minum susu, air.
*
Jumaat (03032006)
*
matpan mmg tidor nyenyak. dia tak mo minum susu ngan air. dia lebih rela layan tido dr mengisi perut. nak tak nak, aku kena bagi susu/air masa dia tidor mengiring. nurse ada tegur aku tapi kalo aku angkat dia, mmg tak habis la minuman dlm botol. sedangkan waktu sekarang dia kena banyak minum air. doktor checked matpan, dari rekod panas matpan makin lama makin berkurangan. dia dah tak demam. doktor tanya, bleh ke aku jaga matpan lepas ni? aku jwb, boleh. doktor bagi matpan balik tapi matpan kena dtg utk appointment pada hari ahad nanti.
*
aku dengan merah77 rasa lega sangat. bila pikir balik, mungkin kami nak try bagi matpan tido dlm aircond bilik. rumah aku ni mmg panas, kalo ikut hamid arshad tu bleh jadi salah satu sebab cirit-birit/panas. lagipun tgk matpan mmg lena betul tido kat spital. kami dpt la thermometer, ubat2 dari spital. cuma satu jer, yg kami 'kureng pemahaman' sket..cemana nak tgk suhu? aku cuma nampak diaorg sumbat dlm punggung matpan tapi tak nampak la plak cemana nak kira. entahler..
*
** aku nak ucap big THANKS to saraswathy (sebilik ngan aku). dia byk bagi pendapat, tips dan tolong aku jaga matpan. nampak sgt aku ni ibu muda sbb bila family dia tgk aku ngan matpan, terus tanya anak sulung ke? tak berapa pandai jaga baby lagi. yerlah baru 2 bulan lebih jadi mama. THANKS jguak kt Dr. Dinesh n nurse sbb sudi belek2 matpan nyer 'pooh-pooh'.
*
**aunty merah77 nangis2 bila tau matpan masuk wad. aku ngan merah77 lak lebih cool n easy (dlm hati, cuma Tuhan yg tau). kami tau ni dugaan dr Tuhan. kami ni susah nak dapat baby. lepas 3 thn baru ada matpan. jadi, mungkinla ini dugaan utk tgk kami sabar ke tak. same goes to my cousin. payah sgt nak dpt baby lelaki, bila dah dpt baby tu plak selalu sakit2. mungkin kami pun mcm tu gak. kami kena la byk bersabar dan berdoa agar matpan cepat sembuh.

ena @ 8:06 PM |comment
|

Wednesday, March 01, 2006

matpanku!

aku sangkakan bila matpan dah jarang cirit.. matpan bertambah baik tapi rupanya lain yg berlaku.
*
semalam badan matpan panas. nanny ada ckp, matpan kejap panas kejap okey. tapi semalam badan matpan berterusan panas. aku lap badan dia, aku bubuh gak koolfever tapi keadaan masih gak sama. cuma yg tergezutnya bila aku check matpan nyer 'pooh'. awal pagi tadi, nak dekat kul 5 pagi mcm biasa aku mesti check matpan nyer 'pooh' walaupun jelas nyata cirit. kendian aku perasan, ada sedikit bendalir darah dari 'pooh' matpan. matpan kuar darah. terus aku teringat kata doktor tempoh hari, kalo ada darah kena hantar matpan cepat2 ke spital.
*
awal pagi, aku ngan syani bawak matpan ke spital. aku citer dari A sampai Z pasal matpan. bila doktor checked, dia kata suhu matpan agak tinggi dan yg kuar darah tu mungkin disebabkan usus matpan terluka sbb cirit selalu sangat. doktor bagi pilihan dekat kami, sama ada nak masukkan matpan ke wad hari ni atau tukar susu. susu kena ambil susu khas yg tak der laktosa. susu utk baby yg cirit. doktor cakap dia boleh lagi bagi pilihan sebab matpan mau minum susu dan paling penting sbb matpan tak muntah tapi once kalau matpan muntah mmg, terus masuk wad. dia suruh aku bagi susu 'original' tapi malangnya.. aku dah 'kehabisan stok'. doktor suruh aku monitor matpan, kalau keadaan makin teruk diaorg akan masukkan air dlm badan dia. dan ia agak menyakitkan. kesian matpan. aku bincang ngan merah77, kami amik keputusan utk tukar susu. aku kena tgk hari ni dan esok pagi, macam mana keadaan matpan. kalau cirit gak, mmg kami tak der pilihan lain. tak kisahlah apa sekalipun asalkan matpan sihat.
*
tadi MIL dtg melawat. matpan mmg agak merengek2 hari ni. letak dekat atas toto kejap.. tup2 aku tgk matpan dah boleh mengiring. sikit jer lagi dia bleh meniarap. mungkin betul kata org tua2, bila baby sakit ada la satu benda yg boleh dia buat. entahlah.. aku cuma harap matpan cepat sembuh. aku tak nak dia terus sakit. doaku hanya pada Allah dan semoga dimakbulkan.

ena @ 2:01 PM |comment
|

~IntrO~

Photobucket - Video and Image Hosting

cik kelly

a loyal wife to merah77

a caring mother to matpan

an obedient child to paksu and che kiah

a helpful sister to ms. debot, mr. tahan and mr. pembaris

 

~Contact mE~

kasturi2121@yahoo.com

~ArchiveS~

February 2006 March 2006 April 2006 May 2006 June 2006 July 2006 August 2006 September 2006 October 2006 November 2006 December 2006 January 2007 February 2007 March 2007 May 2007

~ReadS~

my hubby

our family archives

my batch!

my radio 

my car

my bike

~TagboarD~

~LinkS~

kak wynn * tipahvogue * kak lynn * cik miera * rudy  net * analog * fara * yui * azura * antukarma * batpupu  zaim5 * alqas * syiekatsuya * zam * kak jolie (dona) * ieza * walkthrulife* zie * firul * tiara mamadib* hhas * kak jue * kak sri diah * mama danish * op * mommy hazel * tyra* nad junaidi * vespaburuk* eim* *eyzzah * julie's fotopages* warung*

~CreditS~

Skin name: Retreat II
Picture by: Gettyimages
Layout by: Mamafai

blogskins  

blogger.com

haloscan

w.bloggar

photobucket.com

 

 Counters
Flavor WaveFlavor Wave